KerajaanKWSPPengeluaran Khas 2.0
Trending

Permohonan Tuntutan Pengeluaran Khas 2.0 KWSP Diluluskan

Pada bulan ini, kita boleh lihat banyak perkongsian di media sosial berkenaan kenaikkan harga barang keperluan harian seperti ayam yang membimbangkan rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Justeru anda sebilangan golongan ahli / pencarum KWSP meminta agar pengeluaran khas KWSP 2.0 supaya agar dilaksanakan buat kali terakhir kerana ramai yang terkesan disebabkan ekonomi pada tahun ini.

Untuk makluman, jika anda merupakan ahli dan pencarum KWSP yang turut inginkan pengeluaran khas 2.0 ini dilaksanakan. Anda boleh sertai sokongan tuntutan agar pihak kerajaan dan KWSP dapat meluluskan pengeluaran khas buat kali terakhir ini.

Petisyen Sokongan Pengeluaran Khas 2.0

Untuk makluman, sebuah portal petisyen sokongan bagi menyokong perlaksanaan pengeluaran khas KWSP 2.0 telah dibuka. Sehingga 26 Julai 2022 hampir mencecah 92,000 orang telah menanda tangani petisyen sokongan tesebut bagi membantu meneruskan kelangsungan hidup pada tahun ini kerana usia tua belum pasti.

Dengan adanya petisyen ini, ia dapat membuka hati pihak kerajaan khususnya dapat membantu golongan yang terkesan dan memerlukan. Petisyen ini dibuat oleh rakyat dan tiada berkaitan dengan mana-mana parti politik. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong, ini adalah merupakan pilihan masing-masing. Jika anda berada dalam kalangan rakyat yang menyokong perlaksanaan pengeluaran khas 2.0, anda boleh tuntut sokongan di laman petisyen yang telah disediakan – DI SINI

Insentif Bantuan Kerajaan 2022

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis insentif terutama bantuan berbentuk kewangan membantu bagi rakyat Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang berkenaan hal ini, tidak perlu risau, anda boleh semak senarai bantuan 2022 yang tersedia – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button