BANTUANLesen MemanduMyLesen

MyLesen : Bantuan Lesen Memandu Untuk Kumpulan B40

MyLesen : Bantuan Lesen Memandu percuma untuk kumpulan B40 adalah merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan pada pembentangan Belanjawan 2023.

MYLESEN : BANTUAN LESEN MEMANDU

Untuk makluman, program Mylesen B2 ini telah diperkenalkan dan dilancarkan pada tahun ini bagi membantu golongan B40 dapatkan lesen memandu. Kerajaan bersetuju untuk membantu golongan yang memerlukan dari segi lesen memandu dari program khas ini.

Semua kos semasa membuat lesen akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan perpaduan pada tahun 2023. Dengan adanya inisiatif istimewa ini dapat menaik taraf kehidupan golongan B40 dan secara tidak langsung membuka lebih banyak peluangan menjana pendapatan.

Menerusi Program Mylesen B2 ini, peserta akan ditawarkan dan pembiayaan ditaja sepenuhnya bagi menjalani latihan dan ujian. Sehingga peserta mendapatkan lesen memandu motorsikal secara percuma.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN LESEN MEMANDU (MYLESEN)

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia
  2. Sihat tubuh badan dari segi fizikal serta mental
  3. Berumur 16 tahun dan ke atas
  4. Bebas dari segala senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah
  5. Penerima bantuan kerajaan dari agensi (EKasih/ Zakat/ Baitulmal/ JAKOA/ JKM dan LHDN)
  6. Tanggungan kepada penerima bantuan boleh memohon

SEMAKAN MYLESEN

Kepada mereka yang terdiri daripada golongan B40 dan berkelayakan, anda boleh menyertai program khas ini bagi mendapatkan lesen memandu B2 percuma. Untuk semakan penuh, sila ke laman rasmi MyLesen – SEMAK DISINI

Info : Bagi pengetahuan umum, tiada sebarang bayaran yang perlu dibayar untuk kos latihan dan ujian termasuk ulangan jika ada. Kerana hal ini telahpun dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan perpaduan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas. Atas dasar kerihatinan kerajaan, pelbagai insentif telahpun diperkenalkan pada waktu ini.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan –SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button