Awal PesekolahanBANTUANBAP

Pemberian Bantuan RM150 : Mula Disalurkan Secara Berperingkat

Pemberian Bantuan RM150 one-off telah disalurkan secara berperingkat mengikut kawasan seluruh negara bermula 10 Mac 2024. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah merupakan sebahagian insentif dibawah bajet Belanjawan.

PEMBERIAN BANTUAN RM150 ONE-OFF

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian sumbangan bantuan awal persekolahan (BAP) akan diagihkan pada suku pertama tahun ini. Kadar bayaran bantuan adalah bernilai RM150 dan disalurkan secara sekali bayar kepada setiap murid.

Pemberian bantuan tambahan ini diberikan kepada para pelajar sekolah dari darjah 1 sehingga tingkatan 5 bagi sesi tahun 2023/ 2024. Bantuan khas ini disalurkan tanpa perlu memohon dan tidak kira pendapatan ibu bapa/ penjaga.

Bantuan BAP RM150 dibayar setiap seorang murid yang sedang bersekolah pada tahun ini. Sebagai contoh sebuah keluarga mempunyai tanggungan anak yang bersekolah seramai 3 orang, keluarga tersebut akan menerima insentif sebanyak RM450.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN RM150 (BAP)

Untuk makluman, bayaran terdahulu telah dilaksanakan pada bulan Januari yang membabitkan pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5. Bermula 10 Mac ini, pengagihan disalurkan kepad murid tahun 1 dan tingkatan 1 bagi sesi tahun 2024/ 2025.

Tujuan utama bantuan istimewa ini masih terus dilancarkan pada tahun ini adalah bagi meringankan beban keluarga bagi membuat persiapan awal persekolahan anak. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) percaya dengan adanya insentif tambahan ini dapat meringankan pembelanjaan kelengkapan sekolah anak.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN BAP RM150

Bagi pengetahuan umum, pembayaran bantuan khas ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik. Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas penerima bantuan tunai BAP RM150 seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar/ murid tahun 1 sehingga tingkatan 5 atau setaraf denganya
  • Bersekolah bagi sesi tahun 2023/ 2024.

SEMAKAN STATUS & BUTIRAN LENGKAP BANTUAN BAP

Sekiranya anda ingin ketahui butiran lengkap bantuan khas BAP ini, sila layari laman portal rasmi bantuan – BAP (KPM) . Kepada yang masih belum menerima insentif ini, sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak sekolah masing-masing kerana peruntukan disalurkan terus ke pihak sekolah.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button