BANTUANPPRT

Program Perumahan PPRT 2023 : Cek Kelayakan & Cara Mohon

Program perumahan PPRT adalah merupakan sebuah inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat yang memerlukan pada tahun 2023. Pelbagai kemudahan dan insentif telah disediakan pada tahun ini kepada rakyat Malaysia terutama untuk golongan B40 dan miskin.

PROGRAM PERUMAHAN PPRT

Untuk makluman, program perumahan PPRT ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini dan masih diteruskan pada tahun ini. Perkara ini adalah bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik untuk memiliki rumah.

PPRT diperkenalkan adalah untuk membantu meningkatkan kualiti hidup sebuah keluarga dengan membina atau membaik pulih rumah. Dengan adanya tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat adalah asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Tujuan utama program perumahan rakyat termiskin ini adalah meringankan beban serta membantu dari segi menyediakan kediaman yang selesa.

KATEGORI PROGRAM PPRT

Terdapat 2 jenis kategori yang ada dalam program perumahan PPRT yang ditawarkan kepada rakyat seperti berikut :

BINA RUMAH BARU

Skim bantuan untuk pembinaan rumah baru kepada golongan yang layak yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang sedang didiami terlalu usang. Bagi kategori bina baru ini sesuai untuk rumah yang tidak selamat untuk diduduki dan tidak sesuai untuk dibaik pulih.

BAIK PULIH

Baik pulih rumah juga termasuk dalam program PPRT,  kepada mereka yang mempunyai rumah yang masih boleh dibaik pulih boleh memohon. Baiki pulih melibatkan tiga (3) elemen seperti berikut :

  • Penyelenggaraan
  • Penambahbaikan
  • Requisition

SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi program perumahan PPRT seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak mempunyai rumah
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK
  • Rumah yang didiami terlalu uzur
  • Memiliki tanah sendiri
  • Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat surat kebenaran menggunakan tapak tanah dari pemilik tanah

CARA MOHON

Kepada warganegara yang berkelayakan memerlukan, permohonan boleh dilakukan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi eSPKR PPRT – DI SINI

Untuk makluman, program khas ini diberi keutamaan kepada warga emas, OKU, ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, mangsa bencana berskala kecil dan yang memerlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan untuk meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button