BANTUANBMTRISDA

Bantuan Musim Tengkujuh RISDA RM600 ~ Semak Kelayakan

Bantuan Musim Tengkujuh adalah merupakan inisiatif berbentuk kewangan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dibawah RISDA. Melalui sidang belanjawan 2022 pihak kerajaan telah meluluskan pemberian bantuan BMT ini dengan kadar jumlah peruntukan kira-kira RM 191 juta ringgit kepada penerima yang berkelayakan di seluruh negara yang pendapatan terjejas ketika musim tengkujut akhir tahun.

BANTUAN KHAS

Untuk makluman, program bantuan khas ini diberikan kepada golongan pekebun kecil yang memerlukan supaya tidak berlaku keciciran dalam kalangan komuniti masyarakat sekeliling.

Bantuan musim tengkujuh RISDA ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum dan masih diteruskan pada tahun ini sebanyak RM 600 kepada setiap penerima. Untuk semak senarai bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan yang memerlukan pada tahun ini, sila ke laman utama – SEMAK DISINI

KADAR BANTUANĀ 

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan musim tengkujuh ini akan diberikan sebanyak RM 600. Bayaran akan melalui 2 fasa iaitu RM 300 pada bulan November dan RM 300 pada bulan Disember 2022. Perlaksanaan bantuan ini adlah bagi tujuan meringankan beban mereka yang terjejas pada waktu musim tengkujuh akhir tahun.

Kaedah pembayaran pula akan diberikan melalui secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bantuan khas ini yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Hanya 1 penerima sahaja bagi 1 lot tanah
  • Merupakan pekebun kecil yang berdaftar dibawah RISDA
  • Pemilik tanah yang sah
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Pengesahan dari pemilik tanah yang sah (Sekiranya bukan pemilik tanah)
  • Mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) yang masih aktif (Sah)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Sekiranya anda ingin membuat permohonan bantuan musim tengkujuh, boleh dibuat secara atas talian. Sila layari portal rasmi RISDA – DI SINI

Untuk memudahkan proses semakan permohonan, anda perlu sediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, salinan buku akaun bank yang aktif dan lain-lain. Semakan penuh boleh dibuat di portal rasmi RISDA yang telah disediakan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil bahagian produktif pemasaran RISDA atau hotline bantuan musim tengkujuh di talian 03-4251 0171.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button