10k DiluluskanKWSPUncategorized

Rasmi : Perdana Menteri Umum Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 Diluluskan

Berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh rakyat malaysia (Para pencarum) KWSP, baru-baru ini menenerusi kenyataan rasmi sidang media, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan meluluskan pengeluaran wang KWSP RM 10,000 menerusi kenyataan rasmi sebentar tadi.

Pihak Kerajaan sebelum ini telah membenarkan penfgeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui 3 skim iaitu I-Sinar, I-Citra dan I-Lestari.

Ia melibatkan lebih daripada 7.3 juta pencarum sejak pendemik Covid 19 yang melanda negara dalam masa 2 tahun ini. Berdasarkan kajian dan penelitian sacara menyeluruh dalam fasa endemik ini, ada dalam kalangan keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi , hilang pendapatan dan sedang memulihkan/ membina kehidupan semula.

Tidak terlepas pandang, pihak Kerajaan mendengar dan meneliti permintaan dari semua pihak untuk pengeluaran caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini menerusi kenyataan rasmi perdana menteri meluluskan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM 10,000.

Pengeluaran KWSP RM 10,000 Di Luluskan

Untuk makluman, penjelasan lanjut berkenaan mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan Pihak KWSP. Ia merupakan keputusan yang sukar keran melibatkan simpanan masa hadapan (hari tua) dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan pada masa akan datang.

Walaupun pihak Kerajaan telah meluluskan kebenaran pengeluaran khas KWSP ini, Perdana Menteri telah memperingatkan kepada para pencarum supaya agar mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaaan benar benar mendesar penggunaan wang. Menerusi kenyataan, Perdana Menteri sangat berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa simpanan masa akan datang.

Berikut adalah ucapan rasmi Perdana Menteri pada sidang media sebentar tadi.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button