BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Pemberian Fasa Keempat Dibayar Pada Bulan Hadapan

MySTR : Pemberian Fasa Keempat akan mula dibayar secara berperingkat pada bulan hadapan iaitu November 2023. Untuk sedia maklum, ini merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan pada tahun ini.

MYSTR : PEMBERIAN FASA KEEMPAT

Untuk pengetahuan umum, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR ini baru diperkenalkan pada tahun ini pada sidang Belanjawan 2023. Program pemberian bantuan istimewa ini melibatkan peruntukan terbesar dalam insentif bantuan kewangan bagi tahun ini.

Buat masa ini, pembayaran bagi STR fasa 1 sehingga fasa 3 telahpun selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Kadar jumlah keseluruhan STR tahun ini adalah sehingga RM2,500 dan tambahan insentif asas rahmah bernilai RM600 yang dikreditkan dalam mykad.

Sumbangan Tunai Rahmah fasa keempat ini adalah merupakan pemberian kali terakhir yang akan dikreditkan bagi sesi 2023. Pembayaran kali ini akan melibatkan penerima dari kategori isi rumah B40, M40 dan warga emas sahaja.

Kadar bayaran yang akan diberikan pada fasa keempat nanti adalah sehingga RM1,200 dan jumlah bergantung kategori dan bilangan tanggungan anak. Kaedah pemberian STR dilakukan secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi penerima yang tiada kad bank.

KADAR PEMBERIAN MYSTR FASA KEEMPAT

Untuk sedia maklum, jumlah bayaran yang akan diberikan adalah berbeza bergantung kelayakan. Dibawah adalah senarai kadar bayaran fasa ke 4 yang akan dibayar mengikut kategori seperti yang disediakan.

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS)

  • RM200 seorang

KATEGORI KELUARGA B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  1. Tidak mempunyai anak : Bayaran RM200
  2. Mempunyai tanggungan anak (1-2) : Bayaran RM600
  3. Mempunyai tanggungan anak (3-4) : Bayaran RM900
  4. Mempunyai tanggungan anak (5 keatas) : Bayaran RM1,200

KELUARGA M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  1. Tidak mempunyai anak : Tiada bayaran (RM0)
  2. Mempunyai tanggungan anak (1-2) : Tiada bayaran (RM0)
  3. Mempunyai tanggungan anak (3-4) : Bayaran RM300
  4. Mempunyai tanggungan anak (5 keatas) : Bayaran RM500

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR SECARA ONLINE

Kepada rakyat Malaysia, anda boleh membuat semakan status bayaran bantuan tunai STR secara online mengikut fasa pembayaran. Untuk semak, sila layari laman web rasmi MySTR – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada mereka yang memerlukan dan terjejas boleh lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button