Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Am JKM RM100 – RM350 Setiap Bulan

Bantuan Am JKM adalah merupakan program inisiatif yang diberikan kepada golongan yang memerlukan secara setiap bulan. Bantuan am persekutuan ini diselia dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula dari rm100 sehingga RM350. Kadar bantuan diterima bergantung kelayakan permohonan.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN JKM

Program ini diperkenalkan bagi membantu golongan sasar iaitu b40 dan miskin tegari bagi menampung kos sara hidup setiap bulan. Untuk makluman, bantuan ini dibuka sepanjang tahun bagi mereka yang berkelayakan untuk mendapatkannya.

Jumlah kadar bantuan disediakan adalah bermula dari RM100 – RM350 setiap bulan. Kadar bantuan diberikan bergantung kelayakan permohonan, maksimum sehingga RM350 diberikan bagi 1 keluarga.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan am JKM seperti dibawah :

  • Bantuan khas ini terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bagi mana-mana kes yang berkeperluan layak untuk dipertimbangkan dalam permohonan
  • Individu yang ingin memohon adalah dari kumpulan yang memerlukan serta keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana jenis bantuan lain
  • Bantuan ini dibuka sepanjang tahun dan diberikan secara bulanan kepada yang layak.

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda atau mempunyai kenalan yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan. Anda perlu lengkapkan borang permohonan dan sediakan dokumen penting seperti berikut.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu bapa/ tanggungan yang tinggal sebumbung
  • Salinan penyata gaji pendapatan bulanan -Jika ada
  • Salinan sijil lahir anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sediakan dokumen sokongan lain yang berkaitan.

BORANG PERMOHONAN

  • Sila muat turun Borang JKM 18 (Borang permohonan) – DI SINI
  • Sila muat turun Borang JKM 20 (Borang kaji semula bantuan) – DI SINI

Anda perlu lengkapkan maklumat pemohon dalam borang dan sertakan dokumen yang diperlukan semasa hadir ke pejabat JKM berhampiran anda. Untuk semakan lebih terperinci berkenaan bantuan ini, sila ke portal rasmi eBantuanJKM – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan JKM ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang masih tersedia pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan kewangan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mendapatkannya di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button