BANTUANRMRRUMAHSPNB

SPNB : Program Permohonan Perumahan (RMR) Tahun 2023

SPNB : Program Permohonan Perumahan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kini dibuka bagi sesi tahun 2023 kepada golongan B40 dan M40. Untuk makluman, program perumahan RMR ini merupakan salah satu inisiatif kemudahan yang disediakan pada tahun ini.

SPNB : PROGRAM PERMOHONAN PERUMAHAN RMR

Untuk makluman, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah merupakan sebuah syarikat dibawah kerajaan diperbadankan (MOF INC). Pihak SPNB kini menawarkan skim rumah mesra rakyat dengan kadar harga mampu milik.

Dasar perumahan negara, SPNB diletakan dibawah dibawah kendalian pengurusan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT). Program rumah mesra rakyat dengan harga mampu milik dan berkualiti ini adalah khas untuk rakyat Malaysia.

Program khas ini diadakan adalah bagi membantu golongan B40 dan isi rumah yang belum memiliki rumah sendiri. Melalui program ini, mereka yang layak akan menerima subsidi pembinaan sebanyak sehingga RM20,000 dan rumah juga mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

KELAYAKAN PROGRAM PERUMAHAN RMR (SPNB)

Kriteria kelayakan bagi memohon menyertai program rumah mesra rakyat ini telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu yang ingin mohon wajib berumur 18 tahun dan keatas
  • Pemohon serta pasangan belum pernah miliki rumah sendiri
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM5,000
  • Mempunyai tanah yang bersesuaian dan bebas dari jenis gadaian dan perlu ada surat kebenaran pemilik jika bukan pemilik tanah
  • Keluasan tapak tanah tidak boleh kurang daripada 3,600 KPS dan ia tertakluk kepada reka bentuk rumah

CIRI-CIRI PERUMAHAN RMR (SPNB)

Berikut adalah ciri-ciri rumah RMR dan kadar harga mengikut konsep dan tempat yang disediakan seperti dibawah.

SEMENANJUNG (750 KPS KELUASAN)

  • Harga rumah : RM75,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000
  • Bantuan subsidi pembinaan : RM20,000
  • Anggaran bayaran bulanan dikenakan : RM300 sebulan (16 tahun)

PULAU DI SEMENANJUNG (750 KPS KELUASAN)

  • Harga rumah : RM85,000
  • Jumlah pinjaman : RM65,000
  • Bantuan subsidi pembinaan : RM20,000
  • Anggaran bayaran bulanan dikenakan : RM350 sebulan (16 tahun)

SABAH, SARAWAK DAN LABUAN (750 KPS KELUASAN)

  • Harga rumah : RM106,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000 – RM86,500
  • Bantuan subsidi pembinaan : RM20,000
  • Anggaran bayaran bulanan dikenakan : RM300 – RM470 sebulan (16 tahun)

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN RMR

Kepada rakyat yang berkelayakan dan belum memiliki rumah sendiri, anda boleh kemukakan permohonan secara online atau hantar borang. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi RMR SPNB – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button