
Bayaran bantuan tunai RM1300 telah mula dibayar untuk kategori isi rumah bagi permohonan baru secara pengkreditan dan tebus tunai. Ramai yang keliru dengan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga yang sepatutnya adalah maksimum RM800.
BAYARAN BANTUAN TUNAI RM1300
Untuk makluman kadar bayaran bagi penerima sedia ada ialah dari RM150 sehingga RM800. Jumlah adalah bergantung kategori kelayakan masing-masing.
Manakala bagi pendaftaran permohonan baru yang dilakukan pada bulan Mac lalu, mereka yang layak akan menerima bayaran sehingga RM1300 bagi fasa 3. Perkara ini kerana pemohon baru tidak mendapat bayara STR fasa 1 dan fasa 2, oleh kerana itu pembayaran fasa 3 lebih tinggi mereka dapatkan.
KADAR BAYARAN STR FASA 3
Kadar bayaran bantuan tunai RM1300 adalah bergantung kategori kelayakan. Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh permohonan baru yang lulus mendapatkan insentif fasa 3 seperti di bawah :
KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500) B40
- Tiada anak : RM600
- Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM900
- Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM1100
- Mempunyai tanggungan anak (5 ke atas) : RM1300
ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000) M40
- Tiada anak : RM350
- Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM450
- Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM600
- Mempunyai tanggungan anak (5 ke atas) : RM750
KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS
- Bujang : RM150
- Warga emas : RM300
Nota : Kadar bayaran diatas adalah bagi penerima bayaran STR fasa ketiga (3) untuk permohonan baru. Bayaran STR dijalankan secara 2 kaedah iaitu secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN TUNAI
Bagi informasi umum, pembayaran sumbangan tunai rahmah sedang diagihkan bermula 26 Jun lalu. Kepada penerima yang lulus dan masih belum mendapat bayaran, anda boleh membuat semakan secara online melalui laman rasmi MySTR – DI SINI
Kepada mereka yang berstatus ‘Tidak Lulus’ jangan khuatir, bermula 3 Julai permohonan rayuan STR dibuka. Pembayaran akan diberikan pada fasa berikutnya.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bayaran bantuan tunai RM1300 STR ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan umum.