i-SayangKWSP

Inisiatif Pengeluaran KWSP ISayang Untuk Rakyat Malaysia

Inisiatif pengeluaran KWSP iSayang adalah merupakan kemudahan baru diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia. Untuk makluman umum, baru-baru ini pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan kemudahan pengeluaran KWSP melalui iSayang sebagai usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan pencarum.

INISIATIF BARU KWSP DIPERKENALKAN

Ahmad Badri Mohd Zahir selaku pengerusi KWSP telah berkata bahawa inisiatif ini akan membenarkan pengeluaran atau pemindahan secara sukarela sebanyak 2 peratus dari akaun simpanan suami kepada isteri.

Inisiatif pengeluaran KWSP isayang ini merupakan sebuah skim yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi pilihan kepada pemberi (suami) untuk membuat pengeluaran. Dengan cara memindahkan caruman sebanyak dua peratus syer pekerja yang diterima setiap bulan ke dalam akaun KWSP penerima (isteri).

Kemudahan ini sangat disarankan kepada golongan suami bagi membantu isteri terutama yang berstatus suri rumah. Secara tidak langsung dapat memberi manfaat seperti simpanan isteri serta mengangkat martabat golongan isteri dengan caruman 2 peratus ini.

SYARAT KELAYAKAN I-SAYANG KWSP

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan kemudahan isayang KWSP seperti dibawah :

PEMBERI (SUAMI)

  • Merupakan Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Ahli / pencarum KWSP
  • Pemohon belum mencapai umur 75 tahun
  • Status perkahwin telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

PENERIMA (ISTERI)

  • Merupakan warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Pencarum / ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwin telah didaftarkan dibawah undang-undang negara.

CARA PENDAFTARAN I-SAYANG KWSP

Kepada yang berminat untuk membuat caruman kepada isteri tercinta melalui i-Sayang KWSP, sila semak teliti maklumat berkenaan i-Sayang di laman rasmi KWSP – DI SINI

Untuk makluman, tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang KWSP. Untuk mendaftar, sila layari portal rasmi i-Akaun KWSP – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada inisiatif pengeluaran KWSP isayang ini, terdapat lebih banyak bantuan dan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan melalui pelbagai agensi. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semk senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button