BANTUANIKPP

IKPP : Bantuan Kewangan RM250 – Panduan Cara Mohon

IKPP : Bantuan Kewangan RM250 one-off ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan negeri pada tahun ini.

IKPP : BANTUAN KEWANGAN RM250 ONE-OFF

Program IKPP atau Insentif Khas Pasangan Pengatin ini adalah merupakan bantuan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pahang. Pelbagai jenis bantuan telah ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan.

Inisiatif khas ini disediakan adalah sebagai sumbangan kepada pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Mereka yang berkelayakan menepati kriteria yang ditetapkan layak kemukakan permohonan insentif istimewa ini.

Kadar bantuan IKPP juga telah dinaikkan kepada RM250 berbanding sebelum ini RM200 yang dibayar secara sekaligus. Dengan adanya insentif tambahan ini kerajaan yakin dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN IKPP RM250

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi program bantuan IKPP ini yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan  bakal pengantin lelaki tidak melebihi RM5,000 sebulan
  3. Rakyat negeri Pahang
  4. Salah satu pasangan pengantin anak kelahiran negeri Pahang
  5. Pernikahan wajib didaftarkan di negeri Pahang
  6. Bermastautin di Pahang melebihi 10 tahun
  7. Kategori duda atau janda, salah satu pasangan adalah anak negeri Pahang.

Pemohon tidak layak sekiranya :

  1. Berpoligami
  2. Nikah tanpa surat kebenaran
  3. Nikah semula bagi pasangan sama selepas tamat tempoh iddah
  4. Pendapatan melebihi RM5,000 sebulan
  5. Kedua-dua pasangan bukan berasal dari Pahang.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN IKPP

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan lengkap cara mohon dan borang permohonan boleh dimuat turun, sila layari laman portal rasmi IKPP – e-Munakahat

Dokumen penting yang perlu disediakan :

  • Dua (2) salinan kad pengenalan pemohon (Depan dan belakang)
  • Dua (2) salinan penyata akaun bank pemohon
  • Satu (1) salinan catatan akad nikah pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button