BANTUANBKMFASA 3Kerajaan

Semakan & Kemaskini Maklumat BKM Fasa 3 Sebelum Tarikh Tutup 30 Ogos 2022

Untuk sedia maklum, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa ke 3 akan mula disalurkan pada bulan September 2022 nanti. Pihak Kerajaan telah membuka semula skrin untuk kemaskini maklumat penerima BKM bagi tujuan memudahkan proses pembayaran pada Fasa 3 bulan hadapan.

KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Anda boleh membuat kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan atau penambahan maklumat seperti berkenaan gaji semasa, bilangan tanggungan anak dan maklumat seperti nombor telefon serta nombor akaun bank.

CARA MUDAH KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Untuk makluman umum, kemaskini maklumat BKM telah dibuka bermula 10 Ogos sehingga 30 Ogos 2022. Anda boleh membuat pengemaskinian data maklumat anda dengan mudah secara online (atas talian).

Sila layari portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia, log masuk akaun anda dan tekan pada bahagian kemaskini – https://bkm.hasil.gov.my/

JADUAL PEMBAYARAN BKM

Suka dimaklumkan bahawa pembayaran BKM akan melalui 4 fasa, di bawah telah disediakan jadual pembayaran BKM mengikut fasa pada tahun 2022 seperti berikut:

  • FASA 1 bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat (Selesai)
  • FASA 2 bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat (Selesai)
  • FASA 3 bermula September 2022 dan pembayaran dijangkakan akan bermula sama seperti fasa 1 & 2 iaitu pada penghujung bulan
  • FASA 4 akan bermula pada bula Disember 2022 (Tarikh belum diumumkan.

Bagi kadar bayaran pula, semua kategori akan terlibat dan pembayaran adalah sehingga RM 900 bergantung kategori kelayakan penerima. Dijangkakan akan ada penambahan bayaran tunai sama seperti di Fasa2. Segala kemaskini maklumat berkenaan BKM akan dikongsikan dari semasa ke semasa untuk rujukan anda.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada Bantuan BKM ini, terdapat lebih banyak bantuan berbentuk kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun 2022. Jika anda terlepas pandang & ingin semak senarai bantuan yang ada yang layak untuk anda dapatkan, sila ke halaman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

Sekiranya anda mempunya sebarang pertanyaan berkenaan BKM, sila hubungi talian khas di – 1 800 88 2747.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button