BANTUANRUMAH

Panduan Mudah Mohon Rumah Sewa PPR Serendah RM 124 Bagi Tahun 2022

Untuk makluman umum, bermula tahun lalu sesiapa yang berada dalam golongan B40 mampu memiliki rumah sendiri dengan cara memohon melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) . Program Perumahan ini melibatkan MyHome, Rumah Transit dan Perumahan Rakyat atau dikenali sebagai PPR.

Sebuah Portal yang berkaitan dengan Perumahan telah diwujudkan yang di kenali sebagai TEDUH. Ia merupakan Portal rasmi yang bertujuan berkongsi maklumat tentang perumahan dan fungsi carian berkaitan projek-projek atau program-program perumahan swasta mahupun awam yang terdapat di dalam negara Malaysia.

Pihak SPRN telah meneruskan Program ini pada tahun 2022. Di dalam Portal TEDUH, Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau dikenali sebagai SPRN berfungsi sebagai pintu (One stop centre) inin adalah untuk seluruh rakyak Malaysia yang ingin memohon program perumahan di bawah kendali dan seliaan Jabatan Perumahan Negara (KPKT) Bantuan ini di utamakan kepada golongan B40.

Panduan Pendaftaran Secara Online
  • Jika anda ingin mendaftar secara online boleh layari laman rasmi SPRN di SINI
  • Selepas memasuki laman tersebut, sila tekan ‘Daftar Akaun’
  • Kemudian masukan maklumat anda seperti Nombor Kad Pengenalan, Nama dan alamat e-mel semasa anda gunakan
  • Anda harus semak e-mel bagi tujuan pengesahan pendaftaran
Panduan Mudah Mohon 

Kepada individu yang ingin membuat sebarang permohonan , hanya boleh membuat secara atas talian.

Pihak KPKT juga telah mengumumkan bahawa permohon harus di lakukan secara online sahaja dan sebarang permohonan secara manual tidak dapat diterima sama sekali oleh pihak pengurusan.

Panduan Lengkap Cara Permohonan Seperti Di Bawah

1.Daftar Akaun

  • Kepada individu yang ingin membuat sebarang permohonan, anda haruslah membuat permohon melalui Portal Rasmi di SINI
  • Kemudian masukan maklumat penting anda seperti Nombor Kad Pengenalan (IC) , Nama dan e-mel semasa yang anda gunakan
  • Tekan Daftar

2.Buat Pengesahan

Kepada individu yang telah membuat daftar masuk, anda boleh teruskan permohonan. Anda boleh rujuk panduan pada gambar di bawah :

Syarat Kelayakan Sewa/ Miliki Rumah PPR (Sewa Serendah RM 124 Sebulan)
  • Hanya Warga Negara Malaysia sahaja boleh membuat permohonan
  • Had umur 18 tahun dan ke atas sahaja
  • Pendapatan Isi Rumah semasa sebulan RM 3000 dan ke bawah
  • Individu yang belum memiliki sebarang rumah
  • Mengikuti syarat tambahan yang sudah di tetapakan oleh Pihak Kerajaan Negeri

Tujuan perlaksanaan Program Perumahan PPR ini bagi tujuan membolehkan golongan berpendapatan rendah bagi memiliki rumah sendiri.

Untuk makluman, rumah-rumah PPR yang di jual berharga RM 35,000 di seluruh Semenanjung manakala RM 42,000 di Sabah dan Sarawak se unit.

Ciri-ciri Perumahan PPR yang ingin di miliki/ di sewa adalah seperti berikut :

  • Binaan – 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 2 bilik air dan 3 bilik tidur
  • Keluasan – Melebihi dari 700 kaki persegi
  • Kawasan Bandar Besar – Jenis rumah bertingkat antara 4 hingga 18 tingkat seperti apartment
  • Kawasan Pinggir Bandar – Jenis rumah atas tanah (teres)
  • Terdapat kemudahan dekat yang di sediakan seperti Surau, tadika, Dewan Komuniti , Kedai makan dan sebagainya

Bagi makluman semua, Program PPR disewa yang di lancarkan pada Febuari 2021. Tujuan adalah untuk bagi meringankan kos bulanan kepada golongan sasaran yang mempunyai pendapatan rendah dengan kadar bayaran sewa serendah RM 124 sebulan.

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus di talian :

TEL : 03 8891 4200 / 03 8891 4475

E-MEL : [email protected]

Nota: Jika anda ingin mengetahui lebih maklumat lanjut berkenaan Bantuan pada tahun 2022 boleh terus membaca di SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button