BKM Tambahan

Informasi : BKM Tambahan RM 500 Telah Mula Dikreditkan

Untuk makluman umum, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah merupakan sebuah program inisiatif berbentuk bantuan tunai yang melibatkan dana terbesar pada tahun 2022. Program bantuan BKM ini diberikan kepada golongan sasar iaitu kepada individu berpendapatkan sederhana dan rendah pada tahun ini.

Tahukah anda, melalui BKM terdapat bayaran tambahan sebanyak RM 500. Kategori penerima yang layak adalah seperti berikut :

  • Kategori isi rumah yang mempunyai tanggungan anak dan berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) akan menerima bayaran tambahan RM 500
  • Kategori Warga Emas isi rumah akan menerima bayaran tambahan RM 300
  • Contoh, kepada kategori isi rumah akan menerima maksimum sebanyak RM 2,600 untuk jumlah BKM. RM 2,000 tambah  RM 500 dan RM 100 bayaran tambahan pada fasa 2

Tarikh Rasmi Bayaran BKM Mengikut Fasa

Di bawah telah disediakan maklumat tarikh rasmi pembayaran BKM dari Fasa 1 sehingga Fasa 4 untuk rujukan anda :

  • FASA 1 : Bermula 28 Mac 2022 (Selesai)
  • FASA 2 : Bermula 28 Jun 2022 (Selesai)
  • FASA 3 : Pada bulan September 2022 (Tarikh rasmi belum dinyatakan) dijangka bermula penghujung bulan 9
  • FASA 4 : Pada bulan Disember 2022

Semakan Status BKM

Semakan boleh dilakukan secara online, anda disarankan untuk semak dan kemaskini maklumat supaya proses pembayaran secara kredit terus ke akaun bank berjalan lancar. Sila layari Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia untuk semakan – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah kami sediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button