BANTUANKerajaan

Penerima BKM Layak Tuntut Bantuan Khas RM 700 Tanpa Permohonan

Untuk sedia maklum, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak Kerajaan khususnya berbentuk tunai bagi mereka / rakyat yang memerlukan bagi meringankan beban pembelanjaan pada tahun ini.

Tahukah anda, jika anda penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik anda boleh mendapatkan bantuan khas RM 700 pada tahun ini. Di bawah telah disediakan maklumat ringkas berkenaan insentif khas tersebut.

Insentif RM 700 

Jika anda terlepas pandang, melalui Skim Perlindungan Masyarakat (MySalam), pihak Kerajaan pusat telah menyediakan skim perlindungan takaful kesihatan secara percuma kepada kira-kira 7 juta rakyat Malaysia pada tahun ini.

Insentif ini adalah dari pendapatan elaun gantian hospital harian sebanyak RM 50 sehingga Empat Belas hari atau maksimum sehingga RM 700 untuk setahun di mana mana cawangan hospital kerajaan, universiti, tentera bagi mereka yang menjalani rawatan. Skim ini amat penting bagi golongan B40.

Kelayakan Insentif

Untuk makluman, bantuan skim mysalam ini diberikan kepada golongan yang menerima bantuan tahun sebelum ini seperti BSH dan BPR. Pada tahun ini skim bantuan ini telah diberikan tambahan kategori kepada penerima BKM. Syarat tambahan lain adalah seperti berikut :

  • Individu yang berumur dari 18 tahun sehingga 65 tahun
  • Golongan OKU berumur dari 18 tahun sehingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan RM 24,000 dan kebawah
  • Golongan berumur dari 40 tahun sehingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan RM 24,000 dan kebawah.
  • Golongan B40 dan miskin.

Tuntutan Insentif RM 700

Jika anda berminat dan berkelayakan, anda boleh tuntut bantuan secara online dengan melayari Portal Rasmi MySalam – DI SINI 

Sila ikuti panduan seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi Mysalam
  2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
  3. Tekan pada butang TUNTUTAN dan kemudian ‘Penghantaran tuntutan’
  4. Di bahagian bawah sila klik butang ‘Tuntutan hospitalisasi’
  5. Sila isi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakann
  6. Tekan “Hantar” untuk lengkapkan proses tuntutan.
  7. Selesai.

Anda boleh membuat semakan kelayakan di portal Mysalam tersebut untuk melihat status tuntutan anda dari semasa ke semasa.

Bantuan Lain

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan banyak bantuan yang boleh didapatkan oleh mereka yang memerlukan terutama melibatkan bantuan kewangan. Sekiranya anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda memohon, sila ke laman utama yang sudah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button