Diskaun SamanKerajaan

Program Diskaun Kompaun Saman Sebanyak 30%

Tahukah anda, sekarang anda boleh mendapatkan peluang untuk membayar saman tertunggak anda dengan penawaran diskaun sebanyak 30 peratus bagi saman yang terpilih sempena Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur pada 23 Julai sehingga 27 Julai 2022.

Ini merupakan salah satu program diskaun kadar kompaun bagi membantu individu yang mempunyai saman trafik yang tertunggak bagi melangsaikan saman tersebut pada kadar yang telah diberi diskaun sebanyak 30% dari harga yang dikenakan sebenar.

Program Diskaun Kompaun Saman Jamin Kerja Keluarga Malaysia

Untuk makluman, tawaran diskaun saman trafik PDRM akan mula diadakan selama dua hari pada 26 dan 27 Julai 2022 dari 9 pagi sehingga 3 petang. Pengurangan kadar kompaun saman telah ditawarkan kepada kesalahan terpilih seluruh Malaysia iaitu sebanyak 30% untuk setiap saman. Kaunter bayaran diskaun saman akan dibuka pada tapak acara.

Semakan Saman Trafik PDRM

Sekiranya anda ingin menbuat semakan saman trafik jika anda mempunyai saman atau tidak, anda boleh semak dengan mudah secara online. Sila layari portal rasmi MyBayar saman – DI SINI

Untuk semakan saman Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), anda boleh layari portal rasmi JPJ – DI SINI

Pada hari Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia tersebut juga terdapat pelbagai program yang menarik dan memberikan manfaat antaranya kaunterperkhidmatan pelbagai kementerian dan agensi kepada rakyat Malaysia.

Marilah beramai-ramai sertai Ekspo tersebut yang diadakan bermula pada 23 hingga 27 Julai yang bertempat di Pusat Dangangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Waktu operasi bermula 9 pagi sehingga 5 petang.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan juga boleh turut hadir, karnival anjuran pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia juga mengadakan sesi temu duga lebih daripada 30 ribu peluang pekerjaan yang telah disediakan khas untuk individu yang sedang mencari kerja.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke halaman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button