KerajaanKWSPPengeluaran Khas

Jenis Pengeluaran Khas KWSP Yang Dibenarkan Untuk Tujuan Peribadi

Pada tahun ini pihak KWSP telah memperkenalkan pelbagai kemudahan, program dan jenis pengeluaran yang boleh ahli lakukan pada tahun 2022 asalkan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tahukah anda, terdapat pengeluaran wang yang dibenarkan melalui Akaun 2 KWSP untuk tujuan peribadi seperti mengubah suai atau membina rumah sendiri, pendidikan, rawatan kesihatan, ibadah haji dan lain-lain lagi.

PENGELUARAN WANG KWSP UNTUK TUJUAN PERIBADI MELALUI AKAUN 2

Di bawah adalah senarai jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan melalui akaun 2 KWSP pada tahun 2022 seperti berikut.

  1. Pengeluaran untuk tujuan pembelian Rumah atau ubah suai rumah sendiri

Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan untuk membantu pencarum memiliki rumah sendiri khususnya rumah pertama secara beli rumah sendiri, rumah subsale, rumah lelong atau melalui aplikasi Rumah Mesra Rakyat tahun 2022.

Syarat & Dokumen Pembelian Rumah

2. Pengeluaran Wang Untuk tujuan Pendidikan

Kepada ahli yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, anda perlu bayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan lengkap Universiti. Namun begitu pihak KWSP telah menyediakan pilihan serta kemudahan pengeluaran wang untuk anda menampung pengajian anak masing-masing jika pinjaman seperti PTPTN tidak mencukupi.

Syarat & Dokumen Pengeluaran Pendidikan

3. Pengeluaran wang untuk tujuan ibadah haji

Bagi mengurangkan pembelanjaan ahli yang ingin menunaikan ibadah haji, wang daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran i-Akaun KWSP bagi tujuan pembelanjaan haji dan perlu pendaftaran Haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Dokumen & Syarat Pengeluaran Haji

4. Pengeluaran Wang untuk Kos Rawatan Perubatan

Sekiranya ahli menghadapi masalah yang melibatkan kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran wang pada Akaun 2 KWSP untuk tujuan menampung kos rawatan perubatan dan pembelian peralatan kesihatan.

Dokumen & Syarat Pengeluaran Perubatan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk anda yang terlepas pandang, terdapat pelbagai kemudahan dan insiatif telah disediakan oleh pihak KWSP mahupun Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama melibatkan bantuan kewangan. Untuk sebarang semakan senarai yang tersedia tahun ini dan boleh anda untuk memohon, sila ke halaman utama yang telah disediakan di ruangan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button