KerajaanKWSPPengeluaran Khas

Panduan Permohonan & Jenis Pengeluaran Khas KWSP Di Akaun 2

Terkini, dalam usaha membantu rakyat yang memerlukan, pelbagai jenis pakej bantuan dan kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. Ini bagi membantu mereka yang memerlukan untuk meringankan beban kos sara hidup mereka pada tahun ini.

Tahukah anda, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP telah membenarkan pengeluaran wang untuk para ahli untuk tujuan peribadi dari akaun 2 masing-masing. Di bawah telah disediakan senarai jenis pengeluaran yang boleh dilakukan.

MEMBINA / UBAH SUAI RUMAH 

Untuk ahli KWSP yang ingin membina, ubah suai, membeli rumah, anda boleh membuat pengeluaran wang KWSP dari akaun 2. Antara syarat utama adalah ahli merupakan Warganegara Malaysia yang berumur 55 tahun dan kebawah, mempunyai sekurang-kurangnya RM 500 dalam akaun 2 dan tidak pernah membuat pengeluaran perumahan atau telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tapi telah menjualnya atau melupuskan pemilikan.

MENGERJAKAN IBADAH HAJI

Pihak KWSP juga turut membenarkan pengeluaran duit KWSP dari akaun 2 untuk tujuan ahli menunaikan ibadah haji kepada yang beragama islam. Syaratnya adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Lembaga Tabung Haji ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM 3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih sedikit rendah.

PEMBAYARAN BULANAN RUMAH

Para ahli boleh membuat pengeluaran khas bagi tujuan mengurangkan ansuran bulanan untuk tempoh ansuran bayaran bulanan tidak boleh melebihi umur 55 tahun. Jumlah pengeluaran daripada akaun 2 tersebut akan diasingkan ke akaun khas bagi bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen secara yang dikreditkan ke akaun 2 sebaik sahaja dividen diumumkan pada tahun berikutnya.

PENDIDIKAN

Kepada para pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 bagi tujuan membayar yuran atau pinjaman pendidikan anak mereka. Pengeluaran turut boleh dibuat bagi tujuan membayar yuran sewa rumah / penginapan dan penerbangan sehala untuk pelajar tahun 1 yang belajar di luar kawasan atau luar negara.

PERUBATAN

Bagi ahli KWSP yang menghadapi masalah kesihatan, anda boleh membuat pengeluaran daripada akaun 2 bagi tujuan membiayai kos perubatan rawatan atau mempunyai penyakit kritikal atau peralatan perubatan yang diluluskan. Untuk permohonan pengeluaran ini, ia boleh dibuat secara atas talian di sistem i-Akaun KWSP. Namun pemohon perlu hadir ke kaunter KWSP untuk pengecaman cap jari.

Untuk semakan penuh berkenaan kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh KWSP ini, anda boleh layari Portal Rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada golongan rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button