BANTUANJadual BayaranMySTRSumbanganTunaiRahmah

Jadual Bayaran Bantuan MySTR : Mengikut Fasa Bagi Tahun 2024

Jadual Bayaran Bantuan MySTR mengikut fasa pada tahun ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada sidang pembentangan Belanjawan 2024. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini telah dilaksanakan memasuki tahun kedua.

PEMBERIAN BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Kerajaan telah bersetuju untuk terus melancarkan program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun 2024. Apa yang menarik adalah jumlah keseluruhan bantuan telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.

Bukan itu sahaja, pemberian bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah juga turut diperluaskan kepada 700,000 penerima STR. Ini bermakna akan lebih ramai penerima STR akan dapat manfaat yang diberikan secara percuma.

Bagi pengetahuan umum, pembayaran bantuan khas STR akan diagihkan secara berperingkat pada tahun ini sama seperti tahun lalu. Kaedah bayaran adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.

JADUAL RASMI BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Di bawah adalah jadual pembayaran bantuan tunai MySTR bagi tahun ini seperti berikut :

  • Pengagihan bantuan STR fasa 1 : Februari 2024 (Telah diawalkan pada 29 Januari 2024)
  • Pengagihan bantuan STR fasa 2 : April 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pengagihan bantuan STR fasa 3 : Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pengagihan bantuan STR fasa 4 : November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

Info : Dijangkakan bayaran bagi STR fasa kedua akan mula disalurkan pada awal bulan hadapan sebelum menyambut perayaan raya aidilfitri. Tarikh bakal diambil bagi meringankan beban persiapan rakyat bagi sambutan raya nanti.

JUMLAH BAYARAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan telah menetapkan jumlah bayaran yang akan diberikan mengikut kategori pada tahun ini seperti di bawah.

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Belia bujang (21 tahun dan keatas) : RM350
  • Warga emas tiada pasangan (60 tahun keatas) : RM600

KATEGORI ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2500

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

ISI RUMAH – PENDAPATAN RM5000

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM750
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Kepada penerima sedia ada, kalian boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa dan pendaftaran baharu untuk bukan penerima kini dibuka. Untuk semakan status atau daftar baharu, sila layari laman portal rasmi bantuan – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button