KWSPPengeluaran Penuh

Pengeluaran Penuh KWSP Bersyarat : Dibenarkan Pada Tahun Ini

Terdapat beberapa jenis pengeluaran penuh KWSP bersyarat yang dibenarkan pada tahun ini kepada para pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang mereka. Pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada ahli.

PENGELUARAN PENUH KWSP BERSYARAT

Untuk makluman, pada tahun ini telah ditawarkan kemudahan secara pengeluaran sebahagian dan pengeluaran penuh KWSP bersyarat. Simpanan KWSP terbahagi kepada 2 bahagian iaitu akaun 1 dan akaun 2.

Ahli dibenarkan membuat pengeluaran wang mereka melalui akaun 1 dan akaun2 sekiranya menepati syarat dan terma yang telah ditetapkan. Di halaman ini dikongsikan jenis pengeluaran penuh KWSP bersyarat yang boleh dilakukan pada tahun 2023.

UMUR 55

Kepada pencarum yang telah mencapai usia 55 tahun, mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP. Hal ini kerana akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan menjadi akaun 55.

Ahli diberi pilihan, jika terus bekerja selepas umur 55 tahun caruman yang diterima berikutnya akan disalurkan ke dalam akaun emas. Simpanan tersebut hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai 60 tahun.

HILANG UPAYA

Sekiranya berlaku musibah ahli mengalami hilang upaya, mereka boleh membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP dengan surat pengesahan pegawai perubatan. Apa yang menarik bagi kategori ini mereka secara automatik layak mendapatkan bantuan RM5,000 sebagai insentif meringankan beban ahli.

MENINGGALKAN NEGARA

Kepada pencarum / ahli KWSP yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain. Mereka boleh memilih untuk membuat pengeluaran penuh wang simpanan mereka.

KEMATIAN

Apabila ahli telah meninggal dunia, pengeluaran penuh boleh dilakukan oleh waris terdekat ahli. Pihak KWSP menggalakan setiap ahlinya untuk membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran jika berlaku kematian.

PEKERJA BERPENCEN & PESARA PILIHAN

Ahli yang merupakan pekerja berpencen atau pesara pilihan, anda boleh membuat pengeluaran penuh simpanan wang KWSP. Skim pengeluaran pekerja berpencen (SPPB) membolehkan ahli untuk mengeluarkan simpanan mereka.

DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran penuh untuk tujuan peribadi seperti di atas, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi KWSP – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Tahun 2023 kerajaan persekutan dan negeri telah menawarkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban golongan B40 dan miskin. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button