BANTUANFASA 3STRSTR Tambahan

Bantuan Tunai Fasa 3 : Kategori Penerima RM800

Bantuan tunai fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diberikan secara pengkreditan ke dalam akaun dan tebus tunai di BSN bermula Julai 2023. Pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini akan dibayar secara berperingkat kepada penerima sedia ada.

BANTUAN TUNAI FASA 3

Seperti yang sedia maklum, pembayaran insentif STR ini dijadualkan akan diberikan bermula Julai (bulan depan) secara berperingkat melibatkan 3 kategori utama. Bujang akan menerima RM150, warga emas RM200 dan isi rumah sehingga RM800 (Jumlah bayaran bergantung bilangan tanggungan anak).

Untuk makluman, pembayaran bantuan tunai STR tahun ini akan melibatkan jumlah fasa keseluruhan sebanyak 4 kali. Pembayaran STR fasa pertama dan fasa kedua telah selesai dijalankan pada Januari dan April 2023.

Kini hanya berbaki 2 sahaja lagi fasa pembayaran yang dijadualkan pada bulan Julai dan November tahun ini. Kepada kategori bujang, bayaran bantuan tunai STR hanya akan dibayar sehingga Fasa ketiga, untuk fasa akhir (4) kategori bujang tiada bayaran.

KATEGORI PENERIMA RM800

Bagi penerima bantuan tunai fasa 3 dalam status kategori isi rumah akan dapat bayaran sebanyak RM800. Syarat kelayakan kategori tersebut adalah seperti berikut :

  • Kategori isi rumah (berkeluarga)
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM2,500 ke bawah (B40)
  • Mempunyai bilangan tanggungan anak 5 atau lebih

Nota : Kepada penerima sedia ada STR yang berada dalam kategori isi rumah yang berstatus keluarga miskin tegar melalui data ekasih. Mereka layak menerima bantuan tambahan STR bernilai RM600 dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

SEMAKAN BAYARAN BANTUA TUNAI STR

Kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dalam kategori bujang, isi rumah dan warga emas, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

Sekiranya anda penerima sedia ada STR, maklumat asas berkenaan status STR anda akan dipaparkan seperti nama, no kad pengenalan dan status pembayaran STR (fasa semasa). Kemaskini maklumat telah dilakukan sepanjang bulan Mac lalu.

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button