BANTUANFASA 3MySTR

Bantuan MySTR Fasa 3 : Semakan Status & Jadual Bayaran

Bantuan MySTR Fasa 3 : Semakan status dan jadual bayaran bagi sesi tahun ini boleh dilakukan oleh seluruh warga Malaysia yang layak. Untuk sedia maklum, pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.

BANTUAN MYSTR FASA 3

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pemberian Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini akan diagihkan secara berfasa. Pembayaran bantuan tunai STR ini dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN bagi penerima tiada kad bank.

Bagi pengetahuan umum, bayaran STR fasa 1 telah selesai dibayar pada 29 Januari lalu dan fasa 2 sedang dikreditkan pada 3 – 9 April ini. Bagi butiran bayaran STR fasa 3 pula telah dimaklumkan akan disalurkan bagi bayaran berikutnya.

Pembayaran fasa ketiga akan mula diagihkan pada bulan Ogos 2024 dan tarikh rasmi akan dimaklumkan sebelum bantuan disalurkan. Insentif istimewa ini melibatkan 3 kategori utama iaitu belia bujang, warga emas dan isi rumah B40 dan M40.

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYSTR MENGIKUT FASA

Kerajaan perpaduan telah mengumumkan tarikh jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun 2024 mengikut fasa seperti berikut :

  • Pembayaran fasa pertama (1) : Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Pembayaran fasa kedua (2) : Bermula 3 April 2024
  • Pembayaran fasa ketiga (3) : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pembayaran fasa keempat (4) : Bermula November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

JUMLAH BAYARAN MYSTR FASA 3

Berdasarkan 2 pembayaran sebelum ini, kadar fasa 1 diberikan (RM100 – RM500) dan fasa 2 (RM100 – RM650) jumlah mengikut kategori. Untuk bayaran fasa 3 pula masih belum dimaklumkan pada waktu ini, segala maklumat berkaitan STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status bayaran dan kemaskini maklumat boleh dilakukan secara dalam talian. Panduan dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih lagi jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button