BANTUANFasa 1MySTRMySTR 2024

MySTR 2024 : Fasa 1 Akan Dikreditkan Kepada 3 Kategori Utama

MySTR 2024 : Fasa 1 akan mula dikreditkan kepada 3 kategori utama iaitu keluarga (isi rumah), belia bujang dan warga emas. Untuk pengetahuan umum, pembayaran bantuan tunai STR fasa pertama akan mula disalurkan berperingkat pada bulan hadapan.

MYSTR 2024 : FASA 1 DIBAYAR BULAN FEBRUARI

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini. Apa yang menarik adalah kadar jumlah bantuan STR pada tahun ini dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.

Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini akan dibayar seperti tahun lalu secara berperingkat yang dipecahkan kepada 4 fasa pembayaran. Bagi pemberian STR fasa 1, pengagihan akan mula disalurkan pada bulan hadapan iaitu Februari 2024.

Berdasarkan tahun lalu, maksimum bayaran fasa pertama adalah RM300 yang diberikan kepada kategori isi rumah. Atas keprihatinan kerajaan menaikkan kadar bayaran fasa 1 pada tahun ini kepada maksimum RM500.

KADAR BAYARAN FASA 1 MYSTR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1 akan dikreditkan pada kadar berbeza mengikut kategori seperti dibawah.

KATEGORI ISI RUMAH (KELUARGA) PENDAPATAN RM2,500/ B40

  • Tiada anak : RM500
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM500
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM500
  • Mempunyai bilangan anak (lebih 5) : RM500

ISI RUMAH (KELUARGA) PENDAPATAN RM5,000/ M40

  • Tiada anak : RM100
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM150
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM250
  • Mempunyai bilangan anak (lebih 5) : RM300

KATEGORI BELIA BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang berumur 21 – 59 tahun : RM100
  • Warga emas berumur 60 tahun keatas : RM150

Nota : Diatas adalah jumlah pembayaran bagi bantuan tunai STR fasa 1 yang akan mula dikreditkan ke dalam akaun dan tebus tunai di BSN bermula bulan depan.

SEMAK STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Kepada mereka yang merupakan penerima sedia ada STR, anda boleh membuat pengemaskinian maklumat terkini dan semakan status. Setiap individu disarankan kemaskini maklumat jika mempunyai sebarang perubahan, untuk semakan sila layari laman rasmi – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button