KWSPPengeluaran KhasPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Semakan Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Pada Tahun Ini

Semakan jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini terdiri daripada pengeluaran penuh dan pengeluaran sebahagian. Beberapa bulan ini, isu hangat diperkataan berkenaan pengeluaran khas KWSP secara bersasar.

Walaupun buat masa ini pengeluaran khas tersebut tidak dapat diluluskan, pencarum / ahli masih boleh membuat pengeluaran wang untuk tujuan peribadi selagi memenuhi syarat kelayakan.

SEMAKAN JENIS PENGELUARAN KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran yang boleh dibuat oleh pencarum untuk tujuan peribadi tertentu.

Ramai yang hanya ketahui pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat untuk tujuan membeli rumah atau selepas mencapai 60 tahun. Sebenarnya terdapat lebih daripada 10 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini bagi meringankan beban ahli.

SENARAI PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Di bawah telah disediakan semakan jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan ketika ini, berikut disediakan jenis pengeluaran akaun 1 dan akaun 2 yang boleh dibuat pencarum.

PENGELUARAN PENUH

  • Mencapai umur 60 tahun
  • Mencapai umur 55 tahun
  • Hilang upaya
  • Meninggalkan negara Malaysia
  • Berlaku kematian
  • Pesara pilihan
  • Pekerja berpencen

PENGELUARAN SEBAHAGIAN

  • Beli rumah
  • Membina rumah diatas tanah sendiri
  • Pendidikan
  • Mencapai umur 50 tahun
  • Menyelesaikan baki pijaman perumahan sendiri
  • Kesihatan
  • Simpanan melebihi 1 juta
  • Ansuran bulanan pinjaman rumah
  • Perumahan pleksibel
  • Rumah PR1MA
  • Ibadah haji

Nota : Di atas adalah senarai jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini. Kepada pencarum yang ingin membuat pengeluaran KWSP atas sebab seperti diatas, anda boleh membuat permohonan pengeluaran.

PANDUAN CARA MOHON PENGELUARAN KWSP

Kepada yang ingin membuat pengeluaran KWSP atas sebab peribadi seperti di atas, anda boleh semak syarat dan terma yang telah ditetapkan di laman rasmi KWSP – DI SINI

Panduan untuk memohon pengeluaran juga telah disediakan lengkap di portal rasmi KWSP yang telah disediakan diatas. Di harapkan dengan adanya kemudahan pengeluaran ini dapat memberikan impak dan meringankan beban ahli KWSP pada tahun ini.

INFO LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan untuk mereka yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button