KWSPPengeluaran KWSPPengeluaran sebahagian

Pengeluaran KWSP Sebahagian Boleh Dilakukan Oleh Pencarum

Pengeluaran KWSP sebahagian boleh dilakukan oleh para pencarum yang ingin mengeluarkan wang mereka untuk tujuan peribadi tersedia. Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran kepada ahli.

PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN

Walaupun pengeluaran khas 2.0 dan bersasar tidak dapat dilaksanakan, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran KWSP sebahagian. Inisiatif khas ini terbuka kepada para pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang dari simpanan akaun.

Namun beberapa terma dan syarat telah ditetapkan mengikut jenis pengeluaran yang ingin dilakukan. Terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP secara sebahagian yang boleh dibuat, antaranya seperti di bawah.

MEMBINA RUMAH

Berikut adalah kriteria kelayakan bagi kemudahan pengeluaran untuk membina rumah :

  • Terbuka kepada ahli KWSP
  • Belum mencapai usia 50 tahun
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Mempunyai baki simpanan akaun 2 KWSP sekurang-kurangnya RM500
  • Pemohon / ahli yang ingin membina rumah diatas tanah sendiri

BAKI SIMPANAN MELEBIHI

Kepada ahli yang mempunyai baki simpanan melebihi 1 juta, pengeluaran boleh dilakukan selagi menepati syarat kelayakan di bawah :

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Umur belum mencapai 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan yang cukup untuk waktu persaraan, ahli perlu mengekalkan baki simpanan akaun melebihi 1 juta ringgit.

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Syarat kelayakan bagi pengeluaran kwsp sebahagian kategori menunaikan ibadah haji seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Beragama islam
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Ahli telah dipilih untuk menunaikan ibadah haji oleh pihak Lembaga Tabung Haji (LTH)

KESIHATAN / RAWATAN

Untuk kemudahan pengeluaran untuk tujuan rawatan kesihatan terbuka kepada kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan bulan warganegara
  • Mempunyai baki simpanan akaun 2 KWSP
  • Pencarum berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Ahli tidak menerima rawatan alternatif

Bukan itu sahaja, terdapat lebih banyak jenis kemudahan pengeluaran kwsp sebbahagian yang boleh dilakukan seperti di bawah.

  1. Pendidikan
  2. Beli rumah
  3. Umur 50 tahun
  4. Menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  5. Perumahan fleksibel
  6. Ansuran bulanan pijaman rumah
  7. Perumahan PR1MA

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN PENGELUARAN

Bagi pencarum/ ahli KWSP yang berminat membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi seperti di atas. Panduan lengkap cara permohonan pengeluaran kwsp sebahagian telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban golongan B40. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button