BANTUANJKMWarga Emas

Skim Bantuan Khas RM 500 Secara One-off

Untuk sedia maklum, melalui kenyataan Menteri Kewangan iaitu Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada golongan warga emas atau dikenali bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan dari jumlah sebelum ini RM 350 kepada RM 500 setiap seorang yang layak dan bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Melalui kenyataan belia, bantuan khas ini akan diteruskan pada tahun ini.

Untuk makluman, skim bantuan khas warga emas ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bantuan khas ini lebih mensasarkan kepada golongan Warga emas yang memerlukan dan layak menerima untuk membantu meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti di negara.

Syarat Kelayakan Bantuan Khas RM 500

Di halaman bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Individu / pemohon wajib merupakan warga emas atau orang tua yang berumur 60 tahun dan keatas
  • Individu / pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Merupakan warga emas atau orang tua yang bukan tinggal di Institusi Kendalian pihak JKM atau mana-mana pusat jagaan harian – Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma
  • Mana-mana kest yang terkait berkeperluan, bolh mohon dan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Cara Mohon Bantuan Khas RM 500

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan. Panduan permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Rasmi eBantuanJKM – DI SINI
  2. Seterusnya klik pada “Daftar Permohonan”
  3. Sila masukan nombor kad pengenalan pemohon dan negeri tempat tinggal
  4. Klik butang Daftar dan selesai

Dalam tempoh 14 hari dari waktu permohonan, sila hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarat (JKM) yang berhampiran anda. Senarai pejabat yang boleh anda rujuk – DI SINI

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sediakan salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Sediakan salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu atau bapa yang tinggal bersama
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi rakyat yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button