Akaun 1 KWSPKWSPPengeluaran Penuh

Pengeluaran Penuh KWSP Khas : Dibenarkan Pada September Ini

Terdapat beberapa jenis Pengeluaran Penuh KWSP Khas yang dibenarkan melalui akaun 1 dan akaun 2 pada bulan September ini. Untuk sedia maklum, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak KWSP bagi membantu ahli membuat pengeluaran.

PENGELUARAN PENUH KWSP KHAS

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan beberapa jenis inisiatif dan kemudahan pengeluaran kepada pencarum pada tahun ini. Bagi pengetahuan umum, ahli boleh membuat pengeluaran secara penuh dan sebahagian selagi menepati syarat.

Seperti sedia maklum, simpanan KWSP mempunyai 2 iaitu akaun 1 dan akaun 2. Kepada yang tidak tahu, anda sebenarnya dibenarkan membuat pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya untuk tujuan peribadi tersedia.

Dihalaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan jenis pengeluaran penuh KWSP khas yang boleh dilakukan pada bulan September 2023. Kemudahan ini bagi membantu setiap ahli yang berkelayakan membuat pengeluaran seperti di bawah.

PENGELUARAN KWSP PENUH – HILANG UPAYA

Kepada ahli/ pencarum KWSP yang dilanda musibah kehilangan keupayaan dari segi mental dan fizikal, anda dibenarkan membuat pengeluaran penuh. Hilang upaya yang menjejaskan sehingga menghalang dari melalukan pekerjaan.

Pengeluaran semua simpanan dalam akaun 1 dan akaun 2 boleh dilakukan. Tambahan bagi kategori ini, ahli akan mendapat bantuan RM5,000 sebagai insentif hilang upaya bagi meringankan beban.

UMUR 60

Bagi ahli yang memilih untuk menyambung pekerjaan selepas melepasi umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dimasukkan ke dalam akaun emas. Kesemua simpanan dalam akaun 55 dan emas akan digabungkan dan boleh dikeluarkan sepenuhnya setelah mencapai umur 60 tahun.

PENGELUARAN PENUH KWSP – UMUR 55

Setelah pencarum KWSP mencapai umur 55 tahun, mereka secara rasmi telah memasuki zon usia persaraan dan boleh memilih menguruskan wang mereka. Caruman yang diterima dalam akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan ke dalam akaun 55.

Pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya boleh dilakukan pada bila-bila masa dari akaun simpanan ahli.

MENINGGALKAN NEGARA

Sekiranya ahli telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia bertujuan berhijrah ke negara lain. Mereka boleh membuat pilihan mengeluarkan kesemua simpanan dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN E-PENGELUARAN KWSP

Untuk makluman, terdapat lebih banyak lagi jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dilakukan. Kepada ahli yang ingin membuat e-pengeluaran KWSP, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua.

Panduan daftar permohonan dan syarat kelayakan telah disediakan, sila ke laman rasmi KWSP – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah dilancarkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button