BANTUANPermohonanSTR

Permohonan Baru STR & Kemaskini Maklumat Terkini Sebelum Bayaran Fasa 2

Permohonan baru STR dan Kemaskini maklumat data terkini pemohon kini dibuka sepanjang bulan Mac, disarankan seluruh rakyat Malaysia membuat semakan sebelum bayaran Fasa 2 nanti. Untuk sedia maklum, bermula 1 Mac sehingga 31 Mac semakan dibuka.

PERMOHONAN BARU STR & KEMASKINI

Untuk makluman, sepanjang bulan ini, portal MySTR telah menyediakan ruangan untuk membuat kemaskini bagi penerima sedia ada bagi maklumat asas jika berlaku sebarang perubahan. Manakala untuk golongan bukan penerima, mereka kini boleh membuat pendaftaran permohonan baru STR sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023.

Kepada mereka yang layak akan menerima bayaran STR pada fasa seterusnya dijangkakan akan diberikan pada bulan April atau sebelum raya aidilfitri. Bayaran fasa 2 pada bulan hadapan akan memberikan kegembiraan kepada rakyat kerana secara tidak langsung dapat meringankan beban pembelanjaan sebelum hari raya.

STR TAMBAHAN

Baru-baru ini pihak kerajaan telah umumkan penambahan bantuan STR iaitu bernilai RM600. Bantuan tambahan khas ini akan diberikan kepada golongan isi rumah yang berstatus miskin tegar diberikan secara bantuan bakul atau baucar makanan asas.

JUMLAH BAYARAN STR 2023 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah bayaran bantuan STR yang akan diterima pemohon mengikut kelayakan kategori seperti dibawah :

KATEGORI ISI RUMAH – PENDAPATAN DIBAWAH RM2,500 SEBULAN

  • Isi rumah tiada anak : RM1,000
  • Mepunyai bilangan anak 1-2 orang : RM1,500
  • Mempunyai bilangan anak 3-4 orang : RM2,000
  • Mempunyai bilangan anak 5 dan keatas : RM2,500

KATEGORI ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2,500 – RM5,000 SEBULAN

  • Isi rumah tiada anak : RM500
  • Mempunyai bilangan anak 1-2 orang : RM750
  • Mempunyai bilangan anak 3-4 orang : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak 5 dan keatas : RM1,250

BANTUAN TAMBAHAN ISI RUMAH

  • Bantuan tambahan diberikan kepada kategori isi rumah (miskin tegar) : Bernilai RM600 dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan

KATEGORI BUJANG – BERUMUR 60 TAHUN KEBAWAH

  • RM350

WARGA EMAS BUJANG

  • RM650

CARA KEMASKINI & PERMOHONAN BARU STR 2023

Kepada mereka yang ingin membuat kemaskini data jika mempunyai sebarang perubahan makluman atau permohonan baru STR 2023. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT TAMBAHAN

Selain daripada permohonan baru STR, terdapat inisiatif lain juga disediakan pada bulan ini oleh kerajaan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk diterima – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button