KerajaanKWSPPengeluaran Khas 2.0

TERKINI ~ KWSP Benarkan Pengeluaran Wang Melalui Akaun 2

Untuk sedia maklum, baru-baru ini ramai yang masih mengeluh berkenaan kenaikkan harga barang asas dan ada yang mengatakan begitu lama wang mereka tersimpan dalam kantung dengan caruman yang dilakukan melalui i-Akaun KWSP secara online.

Tahukah anda, terdapat jenis kategori pengeluaran yang boleh anda buat selagi mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP. Kepada ahli dan para pencarum, sebenarnya anda boleh membuat pengeluarang wang untuk tujuan peribadi tersedia melalui akaun 2 seperti membina atau ubah suai rumah, pendidikan, rawatan, ibadah haji dan lain-lain lagi.

PENGELUARAN WANG KWSP MELALUI AKAUN 2

Di bawah telah disediakan jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan melalui akaun 2 KWSP untuk tujuan peribadi.

  1. Pengeluaran wang untuk Rawatan perubatan

Sekiranya anda menghadapi masalah melibatkan kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran melalui akaun 2 bagi tujuan menampung kos perubatan rawatan dan pembelian alat kesihatan yang diperlukan.

2. Pengeluaran wang untuk ibadah haji

Bagi untuk mengurangkan beban kos pembelanjaan menunaikan ibadah haji, anda boleh mengeluarkan wang melalui permohonan pemgeluaran KWSP i-Akaun untuk tujuan pembelanjaan haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

3. Pengeluaran wang untuk Membina rumah

Untuk makluman, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri pertama. Sama ada melalui pembinaan rumah, membeli rumah subsale, rumah lelong atau melalui permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.

4. Pengeluaran wang untuk Pendidikan

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi, anda perlu membayar yuran yang agak mahal untuk menikmati kemudahan yang disediakan pihak Universiti atau institusi. Pihak KWSP telah menyediakan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak jika pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan dan yayasan pada tahun 2022 khususnya melibatkan bantuan berbentuk kewangan untuk rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button