BANTUANBeliae-DompeteBeliaeWallet

Bantuan Kredit EDompet RM200 Boleh Diguna Sehingga 31 Ogos

Bantuan Kredit Edompet RM200 ditawarkan secarra percuma boleh digunakan sehingga tarikh luput pada 31 Ogos 2023. Untuk sedia maklum, pemberian bantuan khas edompet eBelia Rahmah ini diberikan secara percuma kepada mereka yang berkelayakan.

BANTUAN KREDIT EDOMPET RM200

Program bantuan ebelia percuma RM200 ini telah diperkenalkan oleh Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Belanjawan 2023. Menerusi inisiatif ini, peruntukan sebanyak 400 juta akan diberikan kepada kira-kira 2 juta penerima pada tahun ini.

Inisiatif edompet ini dikenali sebagai eBelia Rahmah yang melibatkan kadar bantuan sebanyak RM200 seorang. Perlaksanaan program ini adalah bagi meringankan beban golongan belia dan memupuk budaya pembelian tanpa tunai menerusi edompet.

Pemberian insentif ini ditawarkan kepada setiap mahasiswa dan belia berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan. Kadar bantuan edompet ini boleh ditebus secara percuma dengan nilai kredit berjumlah RM200.

TARIKH DAFTAR & TEBUS BANTUAN

Untuk makluman, pendaftaran dan penebusan bantuan kredit edompet RM200 ini bolehi dilakukan bermula 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023. Kepada mereka yang berjaya tebus, kredit tersebut boleh diguna dan dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos.

Info : Bantuan khas bernilai RM200 ini boleh dibelanjakan dan tidak boleh ditukar kepada tunai.

KRITERIA KELAYAKAN

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi tuntutan bantuan ebelia rahmah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Golongan mahasiswa sepenuh masa di Institusi Pendidikan dalam Negara tanpa mengira had umur

PENYEDIAAN APLIKASI

Kepada mereka yang masih belum tebus, anda boleh membuat semakan kelayakan dan tebus bantuan edompet RM200 secara percuma ini melalui aplikasi pilihan seperti di bawah :

Nota : Setiap pemohon hanya dibenarkan menebus bantuan ini sekali sahaja melalui pilihan yang disediakan. Bantuan khas ini boleh ditebus sehingga 22 Ogos dan sah laku digunakan sehingga 31 Ogos.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button