PR1MARUMAH

Permohonan Rumah PR1MA Mampu Milik Dibuka Bagi Tahun 2022

Tahukah anda, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia yang lebih dikenali sebagai Rumah PR1MA. Melalui Program ini, tersedia rumah mampu milik yang mana dapat meningkatkan kualiti tinggi yang diberikan kepada golongan keluarga atau individu yang berpendapatan sederhana.

Program Rumah PR1MA

Program perumahan PR1MA ini telah lama dilaksanakan dan sehingga tahun ini masih lagi diteruskan dan relevan bagi membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana bagi memiliki rumah sendiri yang berkualiti dan harga mampu milik.

Tujuan utama Skim Rumah PR1MA ini diwujudkan adalah bagi membangunkan kediaman dengan moden, selesa dan berkualiti tinggi. Di halaman ini telah disediakan maklumat berkenaan Program Perumahan PR1MA.

Syarat Kelayakan

Untuk yang ingin membuat permohonan, sila semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia yang sah
  • Pemohon wajib berumur 21 tahun dan ke atas semasa membuat permohonan
  • Individu atau pasangan yang ingin memiliki rumah pertama (Tidak mempunyai lebih daripada 1 hartanah)
  • Pemohon atau pasangan yang mempunyai pendapatan bulanan sekitar RM 2,000 sehingga RM 15,000

Panduan Permohonan

Jika anda menepati syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, sila rujuk panduan telah disediakan seperti dibawah :

  1. Pendaftaran
  • Pemohon perlu layari Portal Rasmi PR1MA – DI SINI
  • Pemohon perlu pastikan melengkapkan pendaftaran. Selepas daftar, anda akan menerima nombor rujukan PR1MA. Nombor tersebut adalah rujukan PR1MA anda dan sila simpan nombor rujukan tersebut.

2. Umum Pelancaran Pembangunan Rumah Baru

  • Kepada pemohon, anda akan diberikan makluman bagi sebarang perlaksanaan pembangunan rumah PR1MA baru dan lokasi pilihan anda

3. Membuat Permohonan

  • Pembangunan Unit Terhad – Anda perlu hubungi rakan jualan yang tertera telah dilantik untuk membuat pemeriksaan ketersediaan unit rumah.
  • Pembangunan Baru Dilancar – Sila log masuk dan anda perlu teruskan di aplikasi PR1MA HOMES kerana kemasukan untuk mengundi adalah secara manual (Aplikasi tersebut anda boleh muat turun di App store telefon anda)

4. Cabutan Undian

  • Untuk makluman, proses pengundian akan dilakukan secara terbuka oleh pemohon yang telah memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan

5. Pemilihan Unit

  • Kepada berkenaan, anda akan dijemput untuk sesi pemilihan unit bagi memilih unit rumah yang tersedia, pastikan anda menyediakan duit sebanyak RM 500 dalam bentuk draf bank bagi yuran tempahan.

6. Permohonan dan Pembiayaan

  • Anda perlu siapkan dan sediakan dokumen yang diperlukan kemudian hantar permohonan pinjaman ke institusi kewangan pilihan anda
  • Bagi pinjaman bank, kelulusan ini mengambil masa kira-kira selama 1 bulan dari tarikh yang anda tempah
  • Bagi pinjaman Kerajaan (LPPSA), kelulusan ini mengambil masa kira-kira 2 bulan dari tarikh yang anda tempah

7. Perjanjian Jual dan beli

  • Bagi perjanjian jual dan beli (SPA) ini akan di tandatangani oleh antara pihak pemaju iaitu PR1MA dan pemohon (Anda) sebagai pembeli.
  • Penyerahan kunci rumah akan diberikan kepada anda setelah pembangunan selesai

8. Menyediakan Bantuan Pembiayaan

  • Untuk pengetahuan yang ingin membeli rumah PR1MA, bantuan pembiayaan telah disediakan menerusi institusi kewangan Bank dalam negara

Maklumat Lebih Lanjut

Sekiranya anda mempunyai permasalah semasa permohonan atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan program Rumah PR1MA ini, sila layari Laman Rasmi PR1MA untuk rujukan anda di KLIK DI SINI

Informasi Tambahan

Untuk sedia maklum, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi membantu meringankan beban pembelanjaan rakyat pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai inisiatif yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button