BANTUANPPRRUMAH

Rumah PPR Serendah RM170 Sebulan

Rumah PPR serendah RM170 sebulan untuk disewa. Program perumahan rakyat adalah merupakan rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat. Untuk sedia maklum, projek rumah PPR dibawah kerajaan dibuka untuk penduduk setinggan memenuhi kediaman serta kumpulan berpendapatan rendah pada tahun ini.

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

Program khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum dan sehingga hari ini terdapat projek PPR yang masih terbuka untuk rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki / sewa rumah pada kadar yang rendah.

Inisiatif PPR terdiri daripada rumah pangsa berkembar sederhana yang dinaikkan di kawasan-kawasan strategik di bandar yang diselia oleh Jabatan Perumahan Negara. Untuk anda yang ingin menyewa atau membeli rumah PPR, perlu menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat-syarat kelayakan rumah PPR serendah RM170 sebulan yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Memperolehi pendapatan semasa bulanan dibawah RM3,000
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas semasa permohonan dibuat
  • PPR hanya untuk mereka yang belum memiliki rumah (rumah pertama)
  • Memenuhi syarat kelayakan tambahan yang telah ditetapkan dari kerajaan negeri masing-masing.

CIRI-CIRI RUMAH PPR

Di bawah telah disediakan ciri-ciri khas rumah PPR yang ditawarkan untuk mereka yang layak seperti berikut.

  • Rumah PPR kawasan luar bandar (Jenis rumah teres)
  • Rumah PPR kawasan bandar (Jenis rumah pangsa 5 hingga 18 tingkat)
  • Pembinaan terdapat 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Keluasan tidak kurang dari 700 kaki persegi
  • Kemudahan yang disediakan di sekitar PPR adalah seperti surau, gerai makan, tempat rumah sampah, kawasan lapang, kemudahan asas, dewan komuniti, kemudahan OKU serta tadika untuk anak.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Untuk makluman umum, rumah PPR ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja. Jika berminat dan memenuhi syarat kelayakan, pendaftaran permohonan boleh dibuat secara online. Sila layari portal rasmi TEDUH KPKT – DI SINI halaman tersebut anda boleh membuat pendaftaran, semakan projek dan panduan permohonan.

HARGA RUMAH PPR

Untuk masa sekarang, hanya PPR untuk disewa yang ada untuk permohonan di kawasan dibawah :

  • Rumah PPR kawasan Kampung Batu Putih Sandakan – RM170 sebulan
  • Rumah PPR kawasan Kampung Kiansom Besar – RM220 sebulan.

Untuk semak projek-projek perumahan lain yang ada dibawah KPKT, sila layari laman rasmi yang telah disediakan diatas.

INFO LANJUT

Untuk makluman umum bukan sahaja program perumahan, terdapat pelbagai inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia terutama yang memerlukan. Terdapat pelbagai bantuan tunai yang ada pada tahun ini seperti STR, BMT, BAP dan lain-lain lagi.

Untuk anda yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button