i-SayangKWSP

Butiran : Ringkas Kemudahan I-SAYANG KWSP Yang Perlu Anda Ketahui

Kemudahan Disediakan Pihak KWSP

Seperti sedia maklum, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pada tahun 2022. Salah satu kemudahan telah diperkenalkan adalah Skim Program Pengeluaran I-SAYANG KWSP. Program ini telah diperkenalkan bagi memudahkan pada golongan wanita iaitu kepada para ibu dan isteri pada tahun ini.

Butiran Maklumat I-SAYANG

Melalui Program skim I-SAYANG ini adalah merupakan sebuah kemudahan yang telah diumumkan dan bakan dilaksanakan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) . Program kemudahan ini bertujuan bagi meningkatkan kesejahteraan para ahli pencarum KWSP dalam bentuk jaminan simpanan pada masa akan datang.

Melalui kenyataan Pengerusi KWSP telah umum dan menjelaskan bahawa skim kemudahan pengeluaran i-sayang ini adalah seperti berikut :

  • Pelancaran dan perlaksanaan kemudahan I-sayang ini akan bermula pada tahun 2022
  • Pemindahan duit secara sukarela serendah jumlah 2 % caruman KWSP ke akaun para isteri

Nota : Sebarang maklumat tambahan akan dikemaskini oleh pihak kami dari semasa ke semasa mengenai kemudahan i-sayang ini.

Jumlah Bayaran I-Sayang

Telah disediakan maklumat berkenaan kadar bayaran I-Sayang KWSP seperti dibawah :

  • Pemindahan wang caruman dibuat secara sukarela dari akaun suami ke akaun isteri
  • Bayaran caruman serendah 2 peratus akan diberikan kepada para isteri
  • Tambahan, pihak KWSP juga bersetuju kepada caruman lebihan (melebihi 2%) di mana ahli boleh minta kepada majikan untuk meningkatkan jumlah kepada 11% kadar berkanun

Permohonan I-SAYANG?

Untuk pengetahuan umum, pihak KWSP masih belum mengeluarkan sebarang pengumuman berkenaan cara permohonan skim kemudahan i-sayang KWSP ini. Dijangka akan diumumkan pada masa yang akan datang. Tidak perlu khuatir, sebarang maklumat terbaru berkenaan I-Sayang akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan.

Maklumat Lanjut

Sementara menunggu perlaksanaan I-sayang KWSP ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pada tahun 2022 khususnya melibatkan bantuan kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan membolehkan anda membuat permohonan, sila ke laman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button