BANTUANJKMWarga Emas

Bantuan Warga Emas RM500 ~ Semak Kelayakan

Bantuan Warga Emas ini adalah merupakan program khas yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun sebelum dan masih dikekalkan sehingga hari ini. Untuk sedia maklum, program bantuan khas di bawah kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (JKM).

BANTUAN WARGA EMAS (BWE 2022)

Bagi pengetahuan umum, program ini dilaksanakan bagi membantu golongan warga emas yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Dengan adanya bantuan ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat serta meringankan beban yang ditanggung.

Jika anda terlepas pandang, terdapat lebih banyak inisiatif diberikan oleh pihak kerajaan bagi rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Untuk semak senarai bantuan yang ada, sila ke laman utama yang telah disediakan – DI SINI

SYARAT KELAYAKAN BWE 2022

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan warga emas yang perlu diketahui seperti berikut:

  • Bantuan ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon merupakan individu yang berumur 60 tahun dan keatas
  • Tidak menetap di mana-mana Institusi kendalian pihak JKM atau pusat jagaan harian
  • Pendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Mana-mana kes yang berkeperluan layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

KADAR BANTUAN BWE

Pada tahun 2022, pihak JKM telah menetapkan kadar bantuan khas adalah sebanyak RM 500 sebulan bagi setiap individu yang layak.

PANDUAN PERMOHONAN BWE

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan merupakan warga emas yang berkelayakan untuk mendapatkan bantuan ini. Panduan permohonan telah disediakan dibawah.

  • Bagi permohonan bantuan dari JKM ini, anda perlu hadir di pejabat kebajikan masyakat daerah / jajahan/ bahagian di negeri anda
  • Pemohon perlu sediakan dokumen sokongan serta salinan kad pengenalan pemohon  dan ahli keluarga yang tinggal sebumbung

BORANG PERMOHONAN

  • Borang permohonan – JKM 18
  • Borang kaji semula – JKM 20

Sila pastikan borang permohonan anda lengkap semasa hadir di pejabat kebajikan masyarakat bagi memudahkan proses permohonan dijalankan. Untuk semak alamat pejabat JKM mengikut senarai negeri – SEMAK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan warga emas ini, anda boleh hubungi talian khas pihak Jabatan Kebajikan Masyarat di – 03 8000 8000.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button