BANTUANBKM Tambahan

Bantuan BKM Tambahan RM 500 Mula Dikreditkan

Bantuan BKM tambahan adalah merupakan bayaran tunai lebih kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun ini. Inisiatif ini diberikan kepada kategori yang benar-benar layak sahaja bagi membantu meringankan kos sara hidup serta mejamin lebih keselesaan.

BANTUAN BKM TAMBAHAN

Jika anda terlepas pandang, bkm tambahan ini bukan semua kategori terlibat. Hanya untuk golongan warga emas dan Isi rumah sahaja yang layak menerima bayaran tunai tambahan ini.

Untuk sedia maklum, bayaran BKM adalah sehingga RM 2,000 dan dengan adanya BKM tambahan ini. Jumlah keseluruhan yang anda akan dapatkan adalah sebanyak RM 2,500.

KATEGORI KELAYAKAN

Di bawah telah disediakan kategori kelayakan dan jumlah bantuan BKM Tambahan yang akan diterima seperti berikut:

  • Kategori Isi rumah yang berstatus IBT yang mempunyai tanggungan anak akan menerima bkm tambahan sebanyak RM 500
  • Kategori isi rumah yang berstatus warga emas akan menerima bkm tambahan sebanyak RM 300

Sebagai contoh kategori isi rumah warga emas akan menerima bayaran keseluruhan BKM sebanyak RM 2,300 yang dipisahkan mengikut fasa. Jika anda ingin semak untuk mengenal pasti anda merupakan penerima BKM tambahan atau tidak. Anda boleh semak di laman rasmi MyBKM – DI SINI

JADUAL BAYARAN BKM

Untuk sedia maklum, bayaran bagi BKM dijalankan secara berperingkat (Fasa). Sila semak jadual pembayaran BKM 2022 yang telah disediakan dibawah:

  • FASA 1 – Bayaran mula disalurkan pada tarikh 28 Mac 2022 secara berperingkat
  • FASA 2 – Bayaran mula disalurkan pada tarikh 27 Jun 2022 secara berperingkat
  • FASA 3 – Bayaran mula disalurkan pada 20 September 2022 secara berperingkat
  • FASA 4 -Bayaran mula disalurkan pada 15 November 2022 secara berperingkat

Untuk makluman, bayaran BKM fasa 4 sepatutnya dijadualkan pada Disember. Namun pihak kerajaan bersetuju mempercepatkan bayaran Fasa 4 sebagai tanda penghargaan dan persediaan musim tengkujuh.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BKM tambahan ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif khusus kepada golongan b40 dan miskin tegar. Jika anda terlepas lihat, masih belum terlambat kerana banyak insentif disediakan oleh pihak kerajaan yang masih boleh anda dapatkan. Sila ke laman utama untuk semakan bantuan lain – KLIK DI SINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button