BANTUANZAKAT

Panduan Permohonan Bantuan Zakat 2022 Berjumlah RM 2,500

Baru-baru ini, Pihak Lembaga Zakat Selangor telah memumumkan Sumbangan Bantuan Pendidikan Zakat Anak Selangor yang di kenali sebagai (SPZAS).

Tujuan Pihak Zakat memberikan Insentif Sumbangan Kewangan ini adalah untuk meringankan beban golongan pelajar pertengahan dan bawahan pendapatan dalam pembelajaan pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak kira di luar negara mahupun dalam negara layak memohon insentif bantuan ini.

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Zakat 
  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Seorang yang beragama Islam
  • Penjaga atau Ketua Keluarga lahir atau menetap di Negeri Selangor
  • Bermastautin dan menetap di negeri Selangor melebihi 36 bulan / 3 tahun
  • Bagi Institusi Pengajian Tinggi dalam negara, permohonan insentif ini hanya untuk semester kedua
  • Bagi Institusi Pengajian Tinggi luar negara, permohonan insentif ini hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan
Panduan Mudah Permohonan

Kepada yang ingin membuat permohonan dan memenuhi syarat di atas boleh membuat permohonan secara atas di laman rasmi Zakat DI SINI

Anda di wajib sediakan dokumen seperti di bawah ketika mengisi borang permohonan :

  1. Kad Pengenalan (IC) Penjaga atau Suami atau Isteri
  2. Kad Pengenalan (IC) pemohon yang ingi memohon
  3. Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran tanggungan keluarga pemohon
  4. Borang pengesahan pendapatan semasa bagi yang tiada slip gaji / slip gaji kepada yang memiliki
  5. Bil Air dan Api semasa (sediakan 3 bulan dari tarikh permohonan)
  6. Borabg atau Surat Pengesahan Belajar Semester terkini – kepada pelajar IPT luar negara pengesahan akan di buat melalui Pegawai Atas Pendidikan Negeri Selangor
  7. Borang pengesahan bagi permaustatin yang terbaru – sediakan 3 bulan dari tarikh permohonan
  8. Penyata Akaun Bank semasa pemohon yang aktif bagi tujuan pengesahan nombor akaun bank
  9. Kad OKU – Jika pemohon golongan berkenaan
  10. Laporan perubatan sakit kronik – jika ada
  11. Visa dan Pasport pemohon – bagi IPT luar negara
Kadar Jumlah Bayaran

Di bawah adalah kadar bayaran insentif kewangan yang akan diterima oleh penerima yang layak :

IPT dalam negara : RM 700

– IPT luar negara : RM 2,500

Tempoh Kelulusan Dan Pembayaran Bantuan

Bagi tempoh keluluasan bantuan ini akan mengambil masa lebih kurang 14 hari bekerja dari tarikh permohonan di buat. Jika permohona masih di buka atau terdapat permohonan yang di hantar dalam masa tempoh 5 hari hingga sebelum tamat tarikh tempoh permohonan, Pihak Lembaga Zakat Selangor akan membuat pembayaran bagi pemohon tersebut selewatnya pada 10 Mac 2022 dan Kaedah pembayaran hanya akan di kreditkan terus ke akaun bank pemohon secara Electronic Fund Transfer (EFT)

Kepada anda yang layak dan ingin membuat permohonan ini, kami syorkan buat sekarang atau sebelum tarikh tutup pada 20 Febuari 2022.

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan Bantuan-batuan kewangan pada tahun 2022 boleh terus layari laman rasmi kami DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button