BANTUANJKMKerajaan

Bantuan Kewangan Sehingga RM1000 Dikreditkan Pada Bulan Ini

Bantuan kewangan sehingga RM1000 akan dikreditkan pada bulan ini kepada penerima yang layak seluruh negara. Untuk sedia maklum, terdapat inisiatif berbentuk bantuan tunai yang ditawar setiap bulan kepada masyarakat yang memerlukan.

BANTUAN KEWANGAN SEHINGGA RM1000

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyediakan kemudahan skim bantuan kewangan sehingga RM1000 sebulan. Perlaksanaan program berbentuk bantuan ini telah lama diperkenalkan dan sehingga tahun ini masih disediakan.

Program bantuan bulanan JKM ditawarkan khusus kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Dengan adanya pelbagai inisiatif ini dapat meringankan beban serta membantu kelangsungan hidup dalam komuniti.

Antara insentif yang ditawarkan oleh JKM adalah seperti bantuan kanak-kanak, bantuan warga emas, bantuan am persekutuan dan lebih lagi.

KRITERIA KELAYAKAN UMUM

Untuk makluman, syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah berbeza mengikut kategori bantuan yang ditawarkan. Berikut adalah kriteria utama kelayakan bagi bantuan bulanan JKM seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Golongan yang memerlukan layak dipertimbangkan mengikut kategori yang dimohon

KADAR JUMLAH BANTUAN

Jumlah bayaran bulanan JKM adalah berbeza mengikut kategori seperti berikut :

  • Bantuan Warga Emas (BWE) – RM500
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM250
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 – RM350
  • Bantuan OKU tidak bekerja – RM300
  • Elaun pekerja OKU – RM450
  • Bantuan pesakit kronik terlantar / penjagaan OKU – RM500
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Bagi sedia maklum, kepada pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan secara setiap bulan. Kebiasaanya jadual bayaran bantuan bulanan JKM dikreditkan antara 1 hingga 10 haribulan termasuk bulan ini (Julai).

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN

Jika anda merupakan golongan memerlukan dan menepati kriteria kelayakan, permohonan bantuan kewangan sehingga RM1000 JKM boleh dilakukan. Panduan lengkap cara mohon mengikut kategori bantuan telah disediakan, sila layari laman rasmi ebantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi membantu meringankan kos sara hidup pada tahun ini bagi golongan memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button