BANTUANBLPJKM

Bantuan Kewangan BLP RM200 Seorang : Semak Kelayakan

Bantuan kewangan BLP RM200 adalah merupakan sebuah inisiatif khas yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui agensi JKM. Untuk sedia maklum, Bantuan Latihan Perantis (BLP) kini dibuka permohonan kepada mereka yang ingin menyertai.

BANTUAN KEWANGAN BLP RM200

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan pelbagai jenis bantuan kewangan dan salah satunya adalah bantua latihan perantis (BLP). Kadar yang akan diberikan kepada pemohon yang layak adalah sebanyak RM200 sebulan.

Tujuan utama perlaksanaan banyak insentif yang dikendalikan oleh pihak JKM adalah bagi membantu golongan kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan selesa. Golongan miskin dan B40 yang terjejas diberi keutamaan untuk program-program bantuan dibawah kendalian JKM.

KADAR BANTUAN BLP

Jumlah kadar bayaran yang disediakan dalam program bantuan latihan perantis adalah sebanyak :

  • RM200 seorang (Setiap bulan)

Info : Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum adalah 24 bulan.

SYARAT / KRITERIA KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan bagi menyertai program bantuan kewangan BLP RM200 yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
  • Mana-mana kes yang memerlukan/ berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
  • Merupakan anak-anak penerima bantuan JKM atau bekas pelatih/ penghuni dari institusi kebajikan
  • Kes-kes seliaan akhlak
  • Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat

TUJUAN PROGRAM LATIHAN PERANTIS

Objektif utama perlaksanaan selain meringankan beban, adalah seperti berikut :

  • Untuk membantu golongan klien jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir dari dunia persekolahan dan yang sedang menganggur
  • Membantu bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bagi mendapatkan latihan kemahiran atau pengalaman sambil bekerja

CARA PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan kewangan BLP RM200 boleh dilakukan. Panduan lengkap permohonan BLP telah disediakan, sila layari laman rasmi BLM JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi membantu mengurangkan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button