FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran Khas KWSP 2024 : Dibenarkan Melalui FSA2 Fasa 1

Pengeluaran Khas KWSP 2024 : Setiap ahli (pencarum) boleh membuat pengeluaran melalui FSA2 fasa 1 selagi menepati terma dan syarat. Untuk makluman umum, pihak KWSP telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada ahli.

PENGELUARAN KHAS KWSP 2024

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah kemudahan skim pengeluaran khas bersyarat Fasiliti Sokongan Akaun 2. Inisiatif istimewa ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang membabitkan syarat kelayakan dan jumlah pengeluaran yang berbeza.

Buat masa ini sepanjang tahun 2024, permohonan bagi pengeluaran FSA2 fasa 1 masih dibuka dan boleh dilakukan oleh ahli yang memerlukan. Dengan adanya kemudahan ini, para pencarum KWSP boleh mengemukakan permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun.

Bagi pengetahuan umum, FSA2 KWSP ini adalah merupakan kemudahan bagi membantu ahli untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan. Terdapat 3 institusi perbankan yang terlibat iaitu CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional dan MBSB Bank.

KADAR PENGELUARAN KHAS KWSP 2024 YANG DIBENARKAN

Pihak KWSP telah menetapkan kadar pengeluaran pembiayaan FSA2 KWSP Fasa 1 adalah minimum serendah RM3,000. Manakala jumlah maksimum yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50,000 secara one-off.

Berikut adalah kadar jumlah yang diluluskan bagi pengeluaran fasa 1 fasiliti sokongan akaun 2 pada tahun ini. Bagi maklumat berkenaan fasa 2 pula akan dimaklum pada tarikh yang akan diumumkan nanti dan segala kemaskini maklumat akan dilakukan dari semasa ke semasa.

KRITERIA SYARAT PENGELUARAN KWSP (FSA2)

Dibawah disediakan syarat-syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi memohon pengeluaran FSA2 KWSP seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Untuk warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat kelayakan fasa 1)
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Mempunyai minimum RM3,000 dalam simpanan akaun 2
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000 (One-off)

LANGKAH CARA MOHON PENGELUARAN KWSP 2024

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan pembiayaan pengeluaran khas bersyarat fasa 1 ini boleh dikemukakan secara online. Panduan langkah cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Segala butiran lebih terperinci berkenaan pengeluaran khas KWSP boleh anda rujuk di portal rasmi disediakan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button