BANTUANKerajaanMySalam

Insentif Kewangan RM 700 : Cara Tuntut Tanpa Perlu Memohon

Untuk sedia maklum, pelbagai jenis pakej bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi rakyat Malaysia yang memerlukan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Salah satu pakej skim bantuan adalah program skim Perlindungan Masyarakat Mysalam yang telah melibatkan jumlah insentif bantuan sebanyak RM 700.

Skim bantuan ini merupakan elaun harian dibayar sebanyak RM 50 sehari sehingga 14 hari atau masimum sehingga RM 700 untuk setahun. Di bawah telah disediakan maklumat ringkas berkenaan Skim bantuan perlindungan Mysalam ini.

Syarat Kelayakan Insentif 

Di bawah merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan Mysalam seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun
  • Individu yang berumur 40 hingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan dibawah RM 24,000 setahun
  • Individu golongan OKU dan mempunyai pendapatan dibawah RM 24,000 setahun.

Berita gembira, skim bantuan mysalam ini telah diperluaskan pada tahun ini. Kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik boleh mendapatkan insentif ini tanpa perlukan permohonan. Anda hanya perlu membuat tuntutan sahaja.

Cara Semakan & Tuntutan

Kepada yang menepati syarat kelayakan yang sudah ditetapkan, anda boleh buat semakan dan tuntutan mysalam. Panduan telah disediakan seperti dibawah :

  1. Sila layari Laman Sesawang rasmi Mysalam – https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  2. Kemudian sila log masuk akaun, menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang akan dihantar kepada anda melalui khidmat SMS atau kata laluan yang anda telah tetapkan
  3. Tekan pada ikon ‘Tuntutan’ dan ‘Penghantaran tuntutan’.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan dan tekan butang ‘Muat naik’, sila muat naik dalam format jpeg atau pdf
  5. Tekan butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan mysalam.

Untuk maklumat penuh berkenaan skim perlindungan Mysalam ini, anda boleh terus ke Portal Rasmi Mysalam – DI SINI

Maklumat Lanjut

Selain daripada skim bantuan ini, anda boleh dapatkan bantuan lain yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun 2022 khususnya melibatkan bantuan tunai. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button