BANTUANBKKJKM

Panduan Mohon Bantuan BKK Tahun 2023

Panduan mohon bantuan BKK (Bantuan kanak-kanak) telah disediakan di halaman ini bagi keluarga Malaysia yang memerlukan pada tahun ini. Untuk makluman, insentif khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum oleh pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BANTUAN (BKK) 

Untuk sedia maklum, bantuan kanak-kanak (BKK) ini termasuk dalam senarai skim bantuan kebajikan yang dikendalikan oleh pihak JKM. Kepada pemohon yang layak akan menerima insentif dari minimum RM150 sehingga maksimum RM1,000 bergantung kategori kelayakan.

Inisiatif BKK ini adalah untuk golongan keluarga yang kurang berkemampuan dan mempunyai tanggungan anak yang menepati syarat. Bantuan ini akan diberikan secara bulanan kepada keluarga yang layak.

OBJEKTIF BKK

Berikut adalah tujuan perlaksanaan bantuan kanak-kanak pada tahun ini seperti dibawah :

  • Membantu meringankan beban penjaga / keluarga kepada anak / kanak-kanak yang kehilangan keluarga supaya dapat terus tinggal bersama penjaga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan perkembangan pertumbuhan meningkat dewasa
  • Membantu memperkukuhkan serta memelihara institusi penjaga / keluarga yang terlibat dalam memberikan jagaan yang secukupkan dan sempurna kepada kanak-kanak berbentuk kasih sayang dan perhatian.

KADAR BKK

Dibawah telah disediakan kadar bantuan kanak-kanak mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  • Kanak-kanak yang berumur 7 hingga 18 tahun : RM150 seorang
  • Kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan kebawah : RM200 seorang
  • Kadar jumlah maksimum adalah sehingga RM1,000 bagi satu keluarga
  • Bayaran BKK diberikan secara setiap bulan.

KRITERIA KELAYAKAN BKK

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan BKK ini seperti dibawah :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia dan bermastautin
  • Merupakan keluarga atau penjaga yang memberikan jagaan kepada kanak-kanak
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Bagi atas 18 tahun keatas boleh dipertimbangkan sekiranya bersekolah sehingga menengah atas.

PANDUAN MOHON BKK

Kepada keluarga yang menepati kriteria kelayakan, permohonan bantuan kanak-kanak boleh dibuat. Sila layari portal rasmi BKK JKM – DI SINI

Di laman rasmi tersebut anda boleh muat turun borang permohonan dan sediakan senarai dokumen penting yang diperlukan. Setiap pemohon disarankan semak teliti perkara yang diperlukan untuk memudahkan proses semakan permohonan dilakukan.

Nota : Perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama antara kerajaan persekutuan dan negeri. Ini termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 (jadual senarai perundangan).

MAKLUMAT LANJUT

Selain dari panduan mohon bantuan BKK ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai yang disediakan pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button