BANTUANBWEJKM

BWE 2024 : Bantuan Tunai RM500 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia

BWE 2024 : Bantuan Tunai berjumlah RM500 sebulan ditawarkan untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif yang disediakan pada tahun ini.

PROGRAM BANTUAN TUNAI BWE 2024

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah insentif bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas. Program BWE ini merupakan insentif yang diberikan kepada golongan sasar yang layak secara setiap bulan.

Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan bantuan istimewa ini bagi sesi tahun 2024 bagi memberi manfaat kepada rakyat. Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima insentif bernilai RM500 ini secara bulanan.

Dengan adanya pemberian inisiatif BWE yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM ini dapat meringankan beban kewangan mereka yang terjejas. Kepada mereka yang ingin memohon, beberapa kriteria syarat kelayakan telah ditetapkan perlu dipatuhi disediakan dibawah.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BWE 2024

Antara syarat-syarat kelayakan asas bagi memohon bantuan khas BWE RM500 sebulan ini adalah seperti berikut :

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan garis kemiskinan (PGK) Purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon berumur 60 tahun dan keatas (Warga emas/ orang tua)
  • Pemohon tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian / kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

CARA DAFTAR / MOHON BANTUAN BWE

Sekiranya anda, ahli keluarga atau kenalan yang kurang berkemampuan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BWE (JKM)

Untuk makluman, semua perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan persekutan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button