BANTUANBeliaPEKERJA

Bantuan Kewangan RM 1,000 Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2022

Jika anda terlepas pandang, menerusi sidang Belanjawan 2021, pihak Kerajaan telah mengumumkan bantuan kepada belia sebanyak RM 1,000. Insentif berbentuk kewangan ini khas kepada rakyat Malaysia yang berumur dari 18 sehingga 30 tahun.

Insentif bantuan RM 1,000 ini masih dibuka dan ini adalah tahun kedua program bantuan belia dilancarkan. Kepada anda yang berminat untuk membuat sebarang permohonan Bantuan kewangan ini boleh semak panduan yang telah disediakan di bawah.

Pengenalan

Pada tahun ini, setiap dari pihak majikan yang mempunyai pekerja yang terdiri dari golongan belia yang berumur dari 18 hingga 30 tahun , mereka layak untuk membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM 1,000 ini melalui Program Perantis.

Insentif bantuan ini dapat memberi sedikit sebanyak peluang kepada para belia yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kepada yang sedang menganggur untuk memperolehi pengalaman dalam pekerjaan. Program Perantis ini bertujuan bagi meningkatkan lagi mutu kemahiran dalam bekerja menerusi on-the-job-training.

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan permohonan seperti berikut :

  • Terbuka kepada belia / individu yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap
  • Terbuka kepada belia / individu yang pernah mengikuti mana-mana program yang telah disediakan oleh pihak perantisan yang berdaftar di mana-mana badan berkanun atau syarikat.
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang sah sahaja
  • Terbuka kepada lepasan sekolah / graduan yang berumur 18 hingga 30 tahun tada tahun 2022

Kadar Insentif Bantuan

Di bawah adalah merupakan kadar bantuan yang akan diterima oleh pihak majikan / perantis dalam program perantisan seperti berikut :

  • Akan mendapat elaun / gaji minimum sebanyak RM 1,200 sebulan
  • Pekerja layak untuk mendapatkan elaun kesediaan (Insentif / kerja)
  • Kepada belia lepasan sekolah atau graduan untuk program perantisan ini akan menerima bayaran sebanyak RM 1,000
  • Kepada perantis dengan kos maksimum sehingga RM 4,000, mereka akan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja
  • Tempoh pembayaran yang diberikan selama tiga bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan.

Panduan Untuk Permohonan

Jika anda atau majikan berminat untuk membuat permohonan progrma perantis dan menerima insentif bantuan RM 1,000 ini, sila layari portal rasmi Penjana Kerjaya PERKESO – DI SINI

Kepada belia yang ingin menyertai program perantis ini, anda boleh membuat pendaftaran sebagai pengguna dan mengisi maklumat diperlukan bagi membuat permohonan menerusi program yang sedia ada ditawarkan di laman rasmi MyFutureJobs.

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan perantis atau ingin membuat sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian khas Penjana Kerjaya PERKESO – 03 8091 5300 atau 1 300 88 2000 atau e-mel ke [email protected] .

Maklumat Lanjut

Selain dari program bantuan Perantis ini, terdapat pelbagai program bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Jika anda ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button