BANTUANKerajaan

INFO SEMASA : Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September 2022 | Semak Segera

Semak Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September 2022

Kepada yang terlepas pandang, pelbagai pakej bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan pusat mahupun negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Terdapat banyak inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan B40 dan berpendapatan rendah.

Berikut telah disediakan senarai bantuan yang anda boleh semak dan dapatkan sekiranya berkelayakan pada bulan September 2022 nanti.

Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Bulanan)

Bagi pembayaran bantuan bulanan JKM akan dilaksanakan bermula pada tarikh 1 sehingga 30 Ogos 2022 yang merangkumi semua individu yang berkelayakan.

Melalui JKM, terdapat pelbagai jenis bantuan yang akan disalurkan setiap bulan seperti bantuan kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU), Warga emas, anak pelihara, bantuan AM negeri dan pelbagai lagi.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan BMT ini adalah merupakan sebuah bantuan dari pihak kerajaan pusat yang berjumlah RM 600 yang akan diberikan secara 2 peringkat (fasa).

Bagi pengetahuan anda, pihak RISDA secara sepenuhnya akan semak kelayakan bagi setiap permohonan yang dibuat. Kepada anda yang berminat masih belum terlambat untuk mohon, permohonan BMT masih dibuka sehingga tarikh tutup 15 September 2022. Pembayaran dijangkakan akan dilancarkan pada November dan Disember 2022.

Bantuan Bil Air Peruma (SADE)

Sebuah Program bantuan penjajaran semula pemberian air percuma iaitu Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang diberikan kepada golongan sasar penduduk di negeri Selangor. Melalui skim ini, kepada anda yang berkelayakan akan menerima bantuan 20 meter padu air secara percuma. Permohonan SADE ini telah dibuka sehingga tahun 2024 nanti.

Program Bantuan Peranti Siswa Fasa Ke-2 

Program bantuan Peranti Siswa Keluarga Malaysia ini bagi tujuan untuk menyediakan peranti kepada golongan belia iaitu mahasiswa institusi Pendidikan Tinggi yang berada dalam golongan keluarga B40 pada tahun ini.

Permohonan fasa 1 telahpun selesai, kini permohonan bagi fasa ke 2 telah dibuka sehingga 30 September 2022.

Maklumat Lanjut

Kepada anda yang terlepas pandang, banyak pakej bantuan tersedia yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun 2022. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan kerajaan yang ada pada tahun ini yang boleh anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button