BANTUANJHEVSara Hidup

Pemberian Bantuan Sara Hidup : Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Pemberian Bantuan Sara Hidup berjumlah RM300 sebulan adalah merupakan inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi tahun 2024. Untuk makluman, permohonan bantuan khas ini dibuka sepanjang tahun kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

PEMBERIAN BANTUAN SARA HIDUP RM300 SEBULAN

Pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah insentif bantuan kewangan yang diberikan secara bulanan yang dikenali sebagai bantuan sara hidup (BSH). Program istimewa ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bagi sesi tahun ini.

Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima insentif bernilai RM300 setiap bulan bersamaan RM3,600 setahun. Tujuan utama perlaksanaan program bantuan khas ini adalah bagi meringankan beban rakyat yang berkelayakan dan kurang berkemampuan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan sara hidup RM300 seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2024
  • Had umur kelayakan yang dipertimbangkan adalah 60 tahun dan keatas
  • Pemohon bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas tentera british yang berkhidmat di Malaya/ Malaysia atau Singapura termasuklah ranger di negeri Serawak
  • Merupakan bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Kepada balu yang telah berkahwin semula tidak layak memohon
  • Tidak diberhentikan dibawah masalah kes tatatertib
  • Kepada kategori anak yatim piatu wajib berumur kurang daripada 18 tahun dan dibawah 21 tahun jika masih bersekolah
  • Tiada syarat had umur bagi kategori cacat kekal
  • Mempunyai penyakit atau faktor kesihatan yang menghalang melakukan perkerjaan (Perlu surat pengesahan pegawai perubatan kerajaan)
  • Mempunyai bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di mana-mana institusi tinggi boleh dipertimbangkan pemberian insentif BSH.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi terima manfaat yang ditawarkan kerajaan. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari portal rasmi bantuan sara hidup – BSH (JHEV) 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta insentif bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button