FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Rasmi : Pengeluaran FSA2 KWSP RM10,000 Kini Telah Diluluskan

Rasmi : Pengeluaran FSA2 KWSP dari RM3,000 sehingga RM50,000 kini telah diluluskan kepada pencarum sepanjang tahun ini. Pihak KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran kepada ahli yang berkelayakan.

RASMI : PENGELUARAN FSA2 KWSP

Bermula April 2023, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah inisiatif kemudahan pengeluaran bersyarat. Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah merupakan kemudahan pengeluaran pembiayaan dari institusi perbankan.

Apa yang menarik adalah FSA2 KWSP ini akan dilacarkan secara 2 fasa. Buat masa ini permohonan bagi fasa 1 telahpun dibuka bermula April lalu.

Kemudahan pengeluaran FSA2 KWSP ini diperkenalkan adalah bertujuan bagi membolehkan ahli membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat. Inisiatif ini untuk membantu pencarum mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang terlibat.

Permohonan awal membolehkan ahli KWSP mengambil kira simpanan dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari pihak bank. Untuk makluman, bayaran pengeluaran hanya akan mula dibuat kepada bank apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun dan bergantung kepada pilihan umur ahli.

KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2 KWSP

Di bawah adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan pengeluaran FSA2 KWSP seperti berikut :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  2. Merupakan ahli KWSP yang masih belum mencapai umur 55 tahun (FSA2 Fasa 1)
  3. Jumlah amaun simpanan dalam akaun 2 KWSP perlu ada minimum RM3,000
  4. Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  5. Permohonan yang telahpun berjaya diluluskan tidak boleh dibatalkan
  6. Jumlah amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat ini tidak boleh melebihi RM50,000 dan ia tertakluk pada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh pihak bank

KADAR PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Untuk makluman umum, kadar pengeluaran yang dibenarkan melalui Fasiliti Sokongan akaun 2 (FSA2) KWSP fasa 1 adalah minimum RM,3000. Manakala jumlah maksimum yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50,000.

LANGKAH DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Langkah cara daftar permohonan telahpun disediakan, sila ke laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Info : Bagi pengeluaran fasa 1 ini, institusi yang terlibat adalah MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button