BANTUANBaucarSAVE

Bantuan SAVE 3.0 RM 400 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan SAVE 3.0 adalah merupakan sebuah program insentif berbentuk baucar percuma kepada rakyat Malaysia. Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Untuk yang terlepas pandang, bantuan ini bukan baru diperkenalkan. Ini adalah bantuan baucar yang sudah memasuki tahun ke 3 pemberian dari pihak kerajaan.

PROGRAM SAVE

Untuk sedia maklum, program bantuan SAVE 3.0 ini adalah merupakan sambungan daripada save 1 dan 2 yang diberikan pada tahun sebelum.

Program ini masih diteruskan dan relevan bagi menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan barang (produk) elektrik yang dapat menjimatkan tenaga sekaligus menyumbang kearah penjimatan elektrik secara bulanan.

Menerusi program SAVE 3.0 ini, anda boleh mendapatkan bantuan baucar sehingga RM 400 bagi setiap individu. Baucar ini adalah untuk pembelian barangan peralatan/ perkakas elektrik yang mempunyai label cekap tenaga.

Jika anda sedang mencari barang elektrik, baucar bantuan SAVE ini amat digalakan kerana anda boleh mendapat diskaun sehingga maksimum RM 400.

Mengikut statistik data, dari tahun diperkenalkan ramai telah berjaya tebus bantuan ini bagi mengurangkan beban pembelanjaan barang elektrik rumah.

KADAR BANTUAN

Untuk setiap individu yang berkelayakan, anda boleh mendapatkan baucar percuma sehingga RM 400 e-rebat seperti berikut:

  • Kategori 1 – RM 200
  • Kategori 2 – RM 50 hingga RM 200

Untuk makluman, baucar ini hanya boleh digunakan untuk barang elektrik yang mempunyai label cekap tenaga 4 dan 5 bintang sahaja.

SYARAT KELAYAKAN TEBUS BANTUAN

Program SAVE 3.0 ini hanya diberikan kepada individu berstatus Warganegara Malaysia sahaja. Untuk tebus pula, hanya dibenarkan terhad kepada 1 akaun bagi pembelian tahun ini berdasarkan ‘First Come First Serve’

Kepada penerima bantuan e-rebat sebelum ini, anda tidak layak untuk tebus bantuan SAVE 3.0 kategori 1. Ini bermakna penerima bantuan sebelum hanya boleh tebus bantuan maksimum RM 200 untuk kali ini.

PANDUAN TEBUS BANTUAN

Kepada warganegara Malaysia yang belum tebus lagi, anda boleh claim bantuan baucar SAVE 3.0 ini secara atas talian. Sila tebus di laman rasmi platform e-dagang pilihan anda seperti dibawah:

Untuk sedia maklum, pada tahun ini ramai telah berjaya tebus bantuan ini bagi menjimatkan pembelanjaan dan penjimatan bil elektrik. Masih belum terlambat untuk individu baru yang ingin tebus kerana bantuan ini akan luput pada tarik 31 Disember 2022.

INFO LANJUT

Selain bantuan SAVE 3.0 terdapat bantuan lain yang masih boleh didapatkan oleh mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Untuk semak senarai bantuan pihak kerajaan yang masih ada pada tahun ini, sila ke laman utama – DI SINI untuk rujukan semakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button