Bantuan E-tunai belia rahmah adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan edompet yang dilaksanakan pada tahun ini. Untuk makluman, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membuka pendaftaran penebusan secara percuma bermula 26 Jun 2023 (Isnin) depan.
BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH
Seperti sedia maklum, pemberian insentif khas ini diberikan pada kadar berjumlah RM200. Perlaksanaan bantuan ini adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang terlibat serta memupuk budaya pembelian tanpa tunai.
Pihak kerajaan menawarkan kredit e-tunai belia rahmah bernilai RM200 ini yang melibatkan peruntukan berjumlah RM400 juta. Melalui program khas ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta rakyat yang terdiri daripada golongan belia.
Baru-baru ini, kerajaan telah memaklumkan bahawa golongan mahasiswa yang berstatus pelajar sepenuh masa turut menerima manfaat ini. Bantuan e-tunai telah diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur.
KRITERIA KELAYAKAN
Kriteria syarat kelayakan kategori yang boleh menebus bantuan RM200 percuma ini yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia ;
- Berusia 18, 19 dan 20 tahun pada tahun ini
- Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di mana-mana institusi pendidikan dalam Malaysia.
Institusi pendidikan di dalam Malaysia, pelajar dari pelbagai peringkat pengajiaan tinggi termasuk :
- Universiti Awam (UA)
- Institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS)
- Koloej komuniti
- Politeknik
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan tarag tingkatan 6
- Senior middle (3)
- Diploma kolej vokasional
- Sijil tinggi agama (STAM)
- A-level
- Peringkat diploma dan setara institusi TVET
- Pengajian asas / ASASI
- Diploma lanjutan
- Sarjana muda dan setaraf
- Doktor falsafah dan setaraf dengannya
- Kursus profesional yang bertaraf diploma dan keatas yang telah diiktiraf oleh pihak kerajaan atau badan-badan profesional
CARA TEBUS BANTUAN E-TUNAI BELIA
Kepada golongan belia yang layak, anda boleh menebus bantuan kredit ini melalui 3 aplikasi pilihan seperti berikut :
- Touch N Go Ewallet
- Setel
- Boost
Info : Kepada yang berkelaykaan, tempoh pendaftaran dan tuntutan kredit e-tunai belia rahmah akan bermula pada 26 Jun (Isnin) sehingga 22 ogos. Untuk semakan kelayakan dan maklumat lebih terperinci, sila ke laman rasmi e-tunai belia rahmah – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bantuan e-tunai belia ini terdapat lebih banyak inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi membantu mereka yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan.