BANTUANKerajaanMySalam

TERBARU : Penerima BKM Layak Tuntut Bantuan Kewangan RM 700

Bagi pengetahuan umu, pada bulan julai 2022 terdapat sebuah insentif bantuan yang boleh anda tuntut secara aotomatik tanpa permohoanan terutama kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Di bawah telah disediakan maklumat ringkas berkenaan insentif tersebut.

Bantuan Khas

Mysalam adalah merupakan sebuah skim bantuan takaful perlindungan kesihatan yang diberikan secara percuma untuk golongan yang berpendapatan rendah melalui dana amanah Mysalam 2022.

Tujuaan utama perlaksanaan skim bantuan ini adalah bagi membantu memudahkan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah dan golongan miskin untuk menjalani kehidupan normal dan tidak tercicir dari komuniti masyarakat sekeliling apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi.

Syarat Kelayakan

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Golongan yang brumur 40 hingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan RM 24,000 dan kebawah
  • Golongan yang berumur 18 hingga 65 tahun dan pasangan
  • Golongan kategori OKU yang berumur 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan RM 24,000 dan kebawah setahun.

Manfaat & Kadar Bantuan

  • Menerima bayaran secara harian bagi tempoh 14 hari pada kadar RM 40 sehari atau bersamaan RM 700 setahun
  • Bakal menerima insentif RM 8,000 yang akan disalurkan pada masa yang akan diumumkan kelak.

Untuk maklum, berita baik buat rakyat Malaysia kerana Skim Mysalam telah diperluaskan pada tahun 2022. Kepada penerima BKM secara automatik dapat bantuan Mysalam.

Cara Tuntut Insentif Mysalam

Dibawah telah disediakan panduan cara tebus dan tuntut bantuan Mysalam seperti berikut :

  • Bagi penerima BSH/ BPR dan BKM akan secara automatik layak, data anda akan terus dimasukkan ke dalam sistem data Mysalam
  • Untuk semakan status atau tuntutan Mysalam, anda boleh lakukan secara online dengan mudah sahaja. Sila layari Portal Rasmi MySalam – DI SINI
  • Kepada penerima yang layak akan diberitahu melalui sistem SMS
  • Sekiranya anda layak tetapi tidak menerima SMS, anda boleh terus menghubungi talian khas di 1 300 888 983.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan terutama berbentuk tunai bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button